Monday, December 28, 2009

3 hari cuti~

Aku baru perasan, bila dah keje ni kan orang slalu ckp ujung tahun cam takde mood nak buat keje. Mood adalah cuti sajork! Ada beza ke bulan disember dengan bulan2 lain. Tapi bila dah kena batang idong sendiri rasakan. Memang pon sebab rasa nak masuk tahun baru, baru beberia nak buat keje. Sebab pe? Sebab bonus dapat ujung tahun so 'beselah'. Tapi kalo cam aku ni awal bulan, 6 januari dah ada meeting ngan user pe cer? So nak tak nak still have to prepare all the crappy docs so forth. Bosan~ Tapi cuti 3 hari smalam meme puah ati sebab nya puah berjalan2 KLCC dan Mid Vall. Sebenarnya dah bese pegi those places. Seperti biasa kalo ada duit je baru leh p, kalo takde duit duk umah pandang siling je. Hujan2 tarik simut tido...

Monday, December 21, 2009

Y.E.S or N.O ?


Rabu lepas aku g Tropicana Royal Golf Resort sebab ada dinner company. Tema dia black silver and gold macam lagu akon. So nak taknak aku kena la cari baju yang sessuai untuk diperagakan dalam majlis yang serba kureng itiew. Lepas meeting terus ca alip bot ke Mid Vall untuk mencari baju. Mumula pegi I-Setan untuk usya2 baju dulu. Then pegi jusco tapi aku keluar semula sebab panas giler dalam tuh. Member jusco day on 15-16 Dec. Wat the heck! Usya plak kat metrojaya tapi cam tak best. Last2 pegi smula I-Setan dan grap apa yang aku nak. Semuanya RM270++ cik. Yeah taknak kalah aku walopon duit hampir2 kering! So puas sebab orang puji gak bow tie dan konsep pemakaian aku. Haha. So sempena Y.E.S ni uoll say yes ke no? Mestilah yes kan ujung2 tahun barang murah tapi kena pandai berbelanja. Jangan jadi cam aku, masuk je I-Setan kompem jadi setan. Sekian, dan marilah kita bershopping!

Monday, December 14, 2009

kucing putih itam

Every morning lepas aku park moto nak g keje, mesti ada sekor kucing warna putih jadi jaga kat LG4 bawah nih! dia sekor2 je. Bulu dia warna putih ada sket tompok itam. Tapi lately aku tgk bulu dia dah kelarah! haha sebab duk baring2 atas lantai tempat parking2 kete ni kan. Jadi warna itam sket2. Nak je aku bawak balik mandi. So wild. Tak tau napa dia leh setia jadi jaga kat bawah nih. Maybe ada org kasi makan kot so sebab tu dia akan tunggu pagi2 kat parking bawah nih. Nanti aku snap gambar dia upload kat sini!

Monday, November 30, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

hapdet jgn tak! Uish apala nasib blog ni. Nak tinggal kena sembelih ke apa. Opss! Lupa nak say Selamat Hari Raya Korban to all. Ye marilah sama2 kita korban kan segala kesibukan kita dengan tidor pada pagi raya. Itulah apa yang aku lakukan selepas solat jumaat. Lepas makan gitu gini aku masuk bilik adik aku lalu melandingkan diri ateh katil. Best gila wa cakap samalu. Takkan dapat ketenangan macam tu di Key El nih. Aku bangun bila aku dengar ayah aku cakap,"abang mana?". Pehtu baru bangun nak solat jumaat. 2 kali khutbah terbaekkk. Memang letih hari tu sebab kamis petang jalan jem so rasakan azabnya. Belom hilang letih petang jumaat balik pekan. Kena la tunjuk muka sat. Kang org mengata macam lah duk London jauh gitu. Hari sabtu plak cam bese menguruskan apa yang tak terurus di kampong aku tuh. Petang aku bleh tertido ateh krusi sebab rasa dah lama tak kuarkan peluh. Petang afta asar aku balik semula ke rumah. Dan hari Isnin smalam 30 november aku rasa kepenatan sekali lagi kerana jem jalan raya yg amat teruk. Sepatutnya sampai kul 6/7pm tapi terlajak ke pukul 9pm. So gitieww ler kisahnya.

Tuesday, November 17, 2009

doing NOTHING

Minggu yang tidak bersemangat dan very dull. Untuk naikkan smula mood, download lagu terbaru byk2 dan dengar puas2. Rasa mcm nak balik rumah main game tv 2D zaman kecik2 dulu. Aku slalu nak try cheer up diri aku tapi im too fragile. Am i ? Rasa mcm nak sepak seseorang yang berlagak busy tapi u r doing NOTHING. Sabar? Ada hadnya. So dengan itu, marilah kita bersama2 menghabiskan duit yang ado hujung minggu ini dengan berfoya2. Sekian dihalkumkan.

Friday, November 13, 2009

What is the truest definition of Globalization?


Answer: Princess Diana's death.

Question: How come?

Answer : An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel,riding in a German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish whisky, (check the bottle before you change the spelling), followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles, treated by an American doctor, using Brazilian medicines. This is sent to you by a Canadian, using American Bill Gates' technology, and you're probably reading this on your computer, that uses Malaysian chips, and a Korean monitor, assembled by Achenese workers in a Sarawak plant, transported by Indian truck drivers, hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, and trucked to you by Mexican illegals......

That,my friends,is
Globalization !

Monday, November 9, 2009

cuti ke Ipoh

perjalanan malam ke Ipoh jumaat lepas memang memenatkan dan tidak seronok sama sekali. Sebabnya jalan jemm yang amat sebab aku terikut laluan Selayang tanah runtuh tempoh hari menyebabkan jalan dibuka satu lane sahaja. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam tapi lebih 4 jam. Nonsense et al. Sampai kul 12 tgh malam. Balik ke sini jam 5.15ptg dan hujang lebat di highway PLUS menyebabkan kebanyakan kereta memasang lampu kecemasan. Very the heavy one lor. Before that ada kemalangan di highway Tapah dan nasib baek jemm sekejap sahaja. Tapi overall 'percutian' sabtu ahad memang seronok dan diserikan lagi kenakalan anak2 buah aku yang tak reti duk diam. Duk dalam kete macam duk dalam umah. Tunggang langgang habis. Tapi seronok tgh mereka membesar. Walau apapun yang terjadi, aku tetap aku seorng pakcik sedara yang best! (best ker?) ntah..

p/s: tak layak jadi reporter keadaan lalu lintas.

Friday, November 6, 2009

taira mail ~.~

Cik Taira baru tepon smalam suh updet blog ni. Taira mana? Taira Banks. Aku xplain kat Taira sebab apa doh lama tak updet. Ko takde FB ke? very the addicted one lor.. Cik Taira jawab dengan selambar, ko hengat ko hensem sangat ke nak ada FB ni? Ahhh, tak kira. Yang penting kepuasan tu Cik Taira yg kita nak. Smalam aku cuti semata2 nak serviks kete. Punya la hampeh Google Maps. Bodoh menyebabkan aku melilau2 cari servis center tuh. Kata kat roundabout Rothmans tapi kat Seksyen 13 je. Memang terbaek rasa kete aku makin berseri2 selepas dibasuh. Haha. Tapi takde makna sekejap je sebab kawasan umah aku nan parking so comot semula. So gitulah ceritanya.



Jom Cik Taira saya bawak g jalan2

p/s : XOXO to my senior (submit ur resignation form and go be a ****star).

Monday, November 2, 2009

dimanakah mood saya?

Rasa mcm takdok mood utk menulis. Terasa fatigue giler weekend smalam. Sebab terlebih tido kot. Hari senin keje rasa weng je pala otak. Dahla sebelum tido smalam gatai2 minum kopi. Amik nak takleh tido sampai kul 1pg. Kalo dulu masa belom keje, ujung mg ada je masa free. Ni bila dah keje, ada je invitation. Weddingla, hangout la, itu la ini la. Would love too tapi baju aku mesti kena basuh dulu baru terpk nak pegi ke tak. Tapi prefer laid back atas katil tgk cita wonderpet tak pon hindustan. Sudah lama tak shopping juga. Rasa2 nak jugak menghabiskan duit tapi ntah bila nak pegi. Sesungguhnya skang dah masuk bulan November. Kalo nak tgk KPI aku so far not bad la. Haha. Tapi yang paling penting KPI aku dengan Maha Pencipta itu wajib buat.


terasa mcm nak hantuk pala kat dinding sebab migrain

(byk setan dulu dalam pala otak)

Friday, October 30, 2009

kepenatan amat

Hari ni cikkai rasa nak demam. Penat menghias rumah berhantu malam tadi. Esok cikkai kena datang perhimpunan warga kerja dengan PM Malaysia pulak separuh hari. Waaa nak tido pon tak boleh. Wajib dengung plak tuh. By da way nanti cikkai upload kan gambo2 terbaik later on ok. Later~ demam2

Wednesday, October 28, 2009

devastatingly punya pasal

Ptang smalam IM aku ada buat mistake sket menyebabkan producion system mengalami sedikit masalah. Somehow dia admit dan remind to all supaya berhati2 next time. Dan sorg senior aku reply to the reminder email "Moral of the story: don play-play with (function module). Please be devastatingly careful with this FM."


Aku tanya IM aku, i think there is sumting wrong sumwhere with the word devastatingly. Kitorg gelak berdekah-dekah. Senior aku tuh senyum2 kambeng. Menda yang serius jadi bahan gelak. lol~

alololo comeynya nko senyum!


Tuesday, October 27, 2009

Ta dan Ya

Dulu tetiap hari aiman doa nak keje kat Key-el. Bila dah dpt, rasa nak menyumpah plak. Tak indah seperti yang dijangka. Kawan aiman ilang tayar kete 2 bijiks sebab kena curik. Aiman risau la plak dengan kete aiman tuh. Yela manusia ni cepat je nak kaya dengan cara salah. Tapi kalo aiman cita ngan dak2 ofis ni, kompem diorg akan ckp kat mana2 pon risiko. Kalo menda nak jadi, maka jadilah. Kun fayakun kan. Tapi sebelum nak jadi baik aiman amik langkah pencegahan. Kira usaha habis dah dibuat. Aiyo, mati susah idup pon susah. Ada kete susah, takde kete pon susah.




ko nak bawak g mana tayar tuh!

Monday, October 26, 2009

keliwon tiga

Memang aku dikelilingi dengan hantu2 keliwon kat umah sewa tuh. Gila betul budak2 zaman skang nih. Ada sorang mamat tu yang berlagak kunun2 dengan hanya keje GSC sebulan dua dah nak pakai kete. Tup tup dah benti keje nak keje tempat lain. Yang aku takleh blah brader hotel tuh siap nak payung dia plak. Gila homosapien ke apa. Dahla umah sewa 50 hengget pon sengkek nak bayaq. Brader hotel tuh siap ckp lagi kalo takde orng nak jaga adek dia tuh, kawan2 hotel byk lagi nak jaga dia. Memang ler ramai nak jaga tapi kalo semuanya stok2 auwwww, alamatnya duk bilek tak kuar2. Adoi mental2 aku duk situ. Macam duk kat spital mental plak. Ni sorang lagi ni pandai urut2 badan. Aku penah la suh dia urut memang mantop gila sampai aku dah taknak kena urut dah. Pastu siap adik angkat dia dtg umah nak urut ngan dia kesnya apa? Kesnya suka 'main' ngan awek sebab tu sakit badan. Byk alasan dia taruk sebab tak tahan la apa la. Kena sipilis macam sorang lagi tuh amacam? Waaaa... apa la budak2 nih. Tak penah blaja agama ke atau cultural shock? Aiman nak doalah supaya Allah ampun dan kembalikan mereka ke jalan yang benar. Aiman tak kesah.

Grrrr!

Friday, October 23, 2009

RAHasia MENANGKAP IKAN

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan. Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?" Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan." CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?" Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... " CrewTV9 : "O, ye ke... "



malas tol aku nak layan orang tua nih!

Thursday, October 22, 2009

surrogates


surrogates? no no no. Nanti manusia tidak akan dpt membezakan yang mana real dan palsu. Cita surrogated smalam dimulakan dengan aku dan member aku tersalah masuk panggung wayang. Dengan yakin kitorg melangkah masuk panggung 12 instead of 11. Then mencelah masuk dalam2. Tgk kat depan cam apsal lama sangat trailer nih! siap ada subtitle. Aku ni ingat kitorg dah lewat so cita dah mula. Pastu aku selambar tanya orang seblah. Bro, ni cita surrogates ke? BUKAN!!!

Kalau lah wayang tu cerah terang benderang dah lama kepala aku kena baling botol spritzer takpon dihujani popcorn caramel. Sabau jela. Kitorang ketawa berdekah2 lalu meninggalkan wayang yang cita ntah papa tuh. teeeeeet! malas nak sebut cita apa. Baiklah, cita surrogates ni agak hambar sket. The idea was there cuma mcm tak byk action. Rasa cam tak pueh. Idea tuh memang dah ada cuma cara execution tu agak kureng piawerrr. Tapi takpe. Pepehal sehebat manapon robot tu, tetap manusia jugak yang menjahanamkan atau menyahkan kekuasaan robot dimuka bumi which means manusia lagi kuat dari robot yang zero knowledge tuh. Sekian~

p/s: yang tengah tulis ni surrogates yang hensem

Wednesday, October 21, 2009

Awek saya?!

Mem ni memang taw. Saja wat soklan perangkap. teeeeeetttt! Tapi salah aku gak yang suruh request cita apa nak dicita kan. Bak kata org muda kompang bagai petir berdentum-dentam, nanti tak jadi plak kan. Gitiew ler. Untuk jaga hati semua pihak kita tunggu jelah yer (ala2 artis tak laku). Nanti saya buat press compem bila saya dah betul2 bersedia. Masalahnya aku ni ado ke nan ado? Jawabnya ado nan ado tengah2. Saya akui saya ada teman spesial. Saya amik berat tentang dia dan dia pun amik ringan tentang saya sebab saya ringan dari dia kot.! haha jgn marah ye Dear~ Beliau maseh belajar alip ba ta next yer InsyaAllah abeh katanya. Tapi saya sayanglah kat Mak saya (tetiba). Cinta pandang pertama? erk rasanya tak penah kot. Dia datang begitu sahje. Sahje aku bercinta kerana Allah taala. Baru dapat pahle. Si dia pon dapat, cinta dariNya pon InsyaAllah dapat. Tetiba jadi ustaz (pura2 lari dari topik). Sekian sahje la kot. Gambar takleh nak upload sini nanti ada org superimposed jadi macam Noral Danish takpun Angelinah Julie. Sekian~


chantek tak??

Monday, October 19, 2009

Ntahnya

Ntahnya lama tak update.. Byk benor last week punya occasion. Majlis here and there. Langsung takde nak pk untuk update apa. Ter pk tu ada, ter upload tu ada masalah sket. Haha. Smalam baru balik cuti deeepavali (siap kapla pusing) so badan agak penat drive 4 jam tanpa berganti-ganti. Rasanya aku drive agak lagu coz slalu 5 jam. Hari plak cerah panas so rasa kulit ni snang je itam. By da way takde apa nak dicitakan melainkan korang yang request aku apa yang aku harus citakan. By da way, gambar bawah ni ala2 pahlawan nak tunggu kena serang gitiew.



sehati berdasyaat

Tuesday, October 13, 2009

Review Papadom


Walaupun touching tapi ku tahankan jugak. Bak kata harun salim bachik jgn terlalu emosi sangat dengan tanah. siot je ayat tuh!. Haha. Smalam tgk cita papadom arahan afdlin shauki. Memang best! Tak rugi aku tgk cita tuh. Dahla penggambaran buat dekat UiTM Shah Alam lagi la best! Sesapa yang belajar kat situ selalu la jumpa artis2 buat penggambaran. Muka2 pelakon tambahan dalam cita tu pon dak2 UiTM. Cita dia mengisahkan seorang bapa (Encik Saadom) yang selalu sibuk tetapi jauh dari sudut hatinya sangat menyayangi keluarganya. Isteri beliau (Moon) meninggal dalam kemalangan. Lalu saadom menjaga sepenuh hati anak pempuannya Mia sampai masuk UiTM. Memang tak keri gusi korang tgk lawak 'cerdik' afdlin, noorkhiriah, harun salim bachik dan que haidar. Yang lain tu not bad la. Bagus jugak. Tapi tu lah, walaupun dok gelak2 tapi cita dia touching kalo sesapa yang hanya mempunyai ayah sahaja atau ibu tunggal. Secara keseluruhan 5 bintang dari 5 buat afdlin. Semoga karya2 beliau akan da bomb mcm gini baru bleh merangkul byk hadiah!


p/s : Wajib Tayang

Monday, October 12, 2009

konvoi raya 2009

Fuh semalam sehari suntuk aku beraya dari tengahari membawak ke malam dari puchong membawak ke shah alam terus ke sg.buloh. Perut dah rasa nak meletop makan macam2. Dari mee goreng, rojak, mee soto, mee kari, mee jawa, roti jala, kuih muih segala. Tapi seronok gelak2 dan borak2 seharian sebab mcm2 cita adaaaa. These are some of the pics of the day.

awek2 cun yang masih single (single ker?) haha


keta sapa la tuh~

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan2 yang buat rumah terbuka. Kalo umah aku dekat dah lama aku buat gak umah terbuka. Adiossa~

Thursday, October 8, 2009

Raya kedua


Kenapa aku tak hapdet blog ini lately? sebabnya satu je. Mim alip lam alip sin. teeeeeet. Busy tuh dah dua hal. Pepehal pon hari ni raya kedua buatku kerana berjaya menyempurnakan puasa 6. Mencabar minda sungguh. Dahla byk menda berlaku lately. Telan pahit2 je lah. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dah dah jgn menangis kesat air mata tuh. Eh! Mana ada nangis habuk masuk mata. Nak tisu sat. hehe

Wednesday, October 7, 2009

Ra sukan ra sakan

Dear all,

It is really confused. Can we discuss it thoroughly?

Ra sakan~ aku pon tak paham apa yang dia ckp. So delete je apa yang aku dapat. Moral of the story pk dulu sebelum bertindak. Letakkan diri kita di tempat org yang kita nak terangkan. Barula dapat keep it up!

Monday, October 5, 2009

cuba cari apakah?


nampak tak ada satu objek tersembunyi? kalo nampak sila la post comment. hehe~

Wednesday, September 30, 2009

kepulangan tak dinanti

sapa punya keje nih? tettttttttt. Tak pasal2 aku bagi warning. Pinjam barang2 kepunyaan aku tak gheti2 nak letak tempat asal? Kepulangan yang tak dinanti betoll lah korang nih.

Monday, September 28, 2009

1 minggu = rejuvenating

Antara pokok yang ditebang

setiap tahun 1000 batang cucuk sate akan diorder



Slamat hari raya dan maaf zahir batin. Mola2 skali mehla aku cita apa yang berlaku sepanjang aku coti seminggu yg lepas. Hari raya pertama cam bese la aktiviti nya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Tatkala aku memberi duit raya aku tersalah bagi duit raya ayah aku RM100 dekat sepupu aku. Cecepat aku mintak balek sebelum sepupu aku pulun RM100 tuh. Haha.. Diikuti pula dengan menziarah kubur. Raya kedua duk rumah tunggu tetamu dtg. Memang ramaila yang datang lebih kurang 2 bas. Tak tipu punya.

Selalu raya kedua pakcik aku ajak beraya umah menteri besar tapi tahun ni tak buat sebab atas nasihat pihak hospital kerana masalah H satu N satu. Duk umah bukan sesaja, tuh ada 3 pokok besar kena cantas buat kayu api untuk kenduri akak aku kawen bulan 12 nih. Terbaikk leher blakang aku terbakar sebab lama sngt berjemur bawah matahari. So muka aku rasa cam itam2 manis sket cuti2 nih. Balik rumah hari kamis diteruskan lagi dengan gotong-royong umah aku yang tak siap lagi. Ruang tamu dan 2 bilik dah siap tile cuma wiring belum sambung. Batu-bata kat umah tu pon kena kasi susun sebab nak buat pagar baru. Mak aku cam dah malas nak amik port sebab duk pikir persiapan akak aku nak kawen. Haih~ Tapi apa2 hal pon raya dah rasa mcm tak raya. Hari pertama je best. Selainnya dah mcm hari bese. Sebab tu aku tak heran pon nak beli baju raya baru. Haha.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran 2009

Hari ni pergi kerja dengan tenang kerana jalan tak busy. Ramai yang dah berambusss balik kampong. Walaupun begitu saya tetap di sini sampai tgh hari kang. Jadi pepehal nak ucap selamat hari raya kepada sesiapa saje mengenali diri saya. Ape ape Aje!

nak wish raya tapi muka cam nak gado (penat baru balik kije katenyer)

Monday, September 14, 2009

Minggu terakhir~

Malam2 aku sendiri... tanpa cinta mu lagi woo woo. Sekarang ni dah minggu last bulan Ramadan. Sebaiknyalah kita memperbanyakkan amalan2 mahmudah di bulan ini. Bukan memperbanyakkan baju raya atau kuih raya yang dibeli di Jalan TAR dan sebagainya. Oleh itu berjanji pada diri sendiri untuk meningkatkan amal ibadat dan tidak dilupa untuk BAYAR ZAKAT. Hampir2 terlupa so kena set it as reminder.

Wednesday, September 9, 2009

smalamnye hal

Smalam seharian aku meeting kat Jalan Timur PJ. Dahla sakit perut sebab aku rasa makan kat majlis berbuka hari sebelumnya. Rasa nak pengsan sebab perut kosong dah 2 kali aku terkucil, ini pon ku tahan jebat. Sebelum meeting mula borak2 ngan Tn. Haji selaku pengerusi projek. Tetiba dia tanyakan soklan aku org mana. Then dia tanya dah calon ka belom ka? Then aku jawab.. aaaaaaaa dah! haha. Pehtu dia ckp, kalo takde saya nak calonkan dengan anak perempuan saya. Haha. Pehtu dia kenenkan anak laki dia dgn teammate aku. Sabau jela. Ahhh! Fenat2. Datang je opis hari ni lebey kureng 132 mails dalam inbox. Aku rasa mcm nak kena bounce dah. toing toing~! terima kasih kepada semua yang percaya akan saya selaku developer kepada projek tersebut. Walopon rasa dah nak termuntah dari bulan mac haritu. Roll out bulan 7 dan second phase dah rolled out jugak bulan 9 walopon ada sedikit lagi changes. Full roll out will be on the month of Oktober dan aku bakal berjalan2 di seluruh semenanjung~ CLAIMMMMMM

Friday, September 4, 2009

tangan anda bersihkah?

click to enlarge da size


Dimulakan hari ini dengan pesanan khidmat masyarakat:-

Clostridium Difficile - bakteria yang mengakibatkan bengkak usus
Staphylococcus - bakteria yang menyebabkan bisul
Bacillus Species - agen pencemar biasa
Beta Streptococci - bakteria yang menyebabkan sakit tekak
Influenza A - virus yang menyebabkan pneumonia
Escherichia Coli (E. Coli) - bakteria yang menyebabkan cirit-birit dan jangkitan saluran urinari (saluran kencing).Oleh itu sentiasalah membasuh tangan anda dengan bersih.

Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh yang demikian rajin2lah basuh tangan anda.

Thursday, September 3, 2009

spek itieww

inilah spec yang dimaksudkan


Smalam masa nak sampai ke rumah aku ada sekumpulan budak2 lelaki sedang lepak2 dekat tangga. Salah seorg daripada mereka memegang spek mata 3D yang ada dekat cornflakes kalo korang beli makanan bijirin itieww. Aku terdengar perbualan mereka. Eh ni spek 3D ke 3G? Tergelak kejap aku dalam hati. Budak2 lain tak sure. Dia pegi tanya abang dia. Bang! ni spek 3D ke 3G? Abg dia ckp itieww spek 3H! Semua diam.




Sian budak2 ni tak sempat nak ketchup dengan tekno semasa. Banyak2kanlah membaca ye adik2. Teknologi tidak menunggu manusia. Dia sentiasa berubah dan terus berubah.

Wednesday, September 2, 2009

52tahun MERDEKA!

Merdekakah anda? Bagi saya ianya merangkumi kepada tahap kebebasan minda dan fizikal masing2. Maksud merdeka pada zaman millenium ini bukan bebas daripada cengkaman penjajah semata2. Negara kita sudah lama bebas daripada penjajah. Apa yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana untuk memerdekakan diri kita sendiri dari dibelenggu oleh perasaan yang ntah apa2. Semaju mana pon negara kita jika masyarakat sendiri belum merdeka, maka lambat laun tanah puaka/pusaka nenek moyang kita ini dengan mudah akan dirampas oleh penjajah jika kita asyik berbalah pasal fahaman politik, gila kuasa, merusuh dan tidak bersatu padu. Gagasan Satu Malaysia yang dilaung-laung kini sedikit sebanyak mampu mengubah tahap kesenggangan antara kaum tanpa menolak fahaman agama masing2. Biarlah kita bersatu sebagai Satu Malaysia tetapi keserataan itu tidak bermaksud undang2 perlembagaan Malaysia diketepikan sama sekali. Ianya tetap termaktub tanpa mengubah sedikit pun yang boleh merosakkan atau merobohkan institusi Gagasan Satu Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 28, 2009

terlajak perahu leh undur, terlajak tidoo?

selepas

sebelum


Smalam senior beria-ria ajak berbuka kat nandos. Send invitation tru email. Dalam pukul 5.00pm aku reply to the email. "Nandos punya tempat sudah tempahkah?". Then i Manager aku reply, i never book anything and i just suggest to u guys only. Full stop! waaaaaaaaa, nasib aku yang initiate tanya dah tempah ke belom. Kalo tak, bau jela nandos tu tak pon pergi param kat bangsar ramai2 then bersila kat mana2 makan. Dalam kul 6ptg baru diorg pergi book meja. Memang kita tak expect kan tapi penuh gakla petang smalam. So time berbuka kitorg pon makan sambil hu ha hu ha berborak bergelak. Suddenly one of my senior tak dtg2. Makanan dah siap order via sms tuh. Tepon punya tepon tak angkat2 suspect terlajak tdo. Apa lagi memang jadi bahan gelak la. Dalam kul 8.20pm kitorg dah siap nak tapau makanan dia suddenly dia call ckp on da way. Terbaekkk.. kitorg solat dulu then pergi balik kat nandos. Gelak2 memang lawak sebab dia sebelum pegi dia ada shout, unit aku wajib dtg tapi dia yang lambat datang. Memang wajib dtg tapi hareemmm lambat. So borak2 until 10.30pm baru balik. Fiuh~ aku balik terus basuh baju2 keje coz this weekend aku balik kampong. Sempena bulan kemerdekaan ni just wanna wish Happy Merdeka day to all malaysian. One unity one malaysia!




Wednesday, August 26, 2009

bersahur ghoti

bila mau benti bercakap daaa

Bang bangunnnnn sahurr! Tapi kita makan roti je hari ni sebab gas abis. Bila aku dengar je takde lauk nak dimakan, aku sambung balik tdo. kroih kroih! Tetiba rasa lapar, aku bangun balik. Roti pon roti la. Nah aku bagi 10hengget esok pagi korang pandai2 beli gas. Borak punya borak sampai kul 6.40a.m terus aku mandi siap2 nak g keje. Slalunya lepas sahur aku tido lagi. Haha~ Tapi dengar diorg bercerita hari kedua diorg bekerja kat wayang mid valley, aku tak jadi tdo. Macam2 diorg bercerita. Pendek kata kalo aku jadi org seblah umah mau hangin gakla bebudak ni tak gheti2 nak tdo ke. Balik kul 3 pagi terus sampai ke sahur. Kul 7 pagi baru tido. Haih~ Aku jugak yang lebam nak layan diorg.

Tuesday, August 25, 2009

Asimoo si pelayan

Bestnya kalo ada makhluk ni kat ofis aku. Asimoooooo! Teh tarik satu kurang pedas takmo bawang + mee goreng takmo mee takmo pinggan. Kalo dia salah leh tendang je. Tapi kalo tetiba robot jadi cerdik pandai cam manusia betul gamaknya staff kat sini semenya ghoobot.

kak, ni air kacip patimah siap..

nak cas bateri jap..tetiba je rasa lembik lutut

silakan, jalan ke jamban ada kat depan


kena cas setiap 2 minit berdiri katanya




Monday, August 24, 2009

Hari ke 2 berpuasa

tido je koje bulan2 pose ni ye


Fuhhh...!! nak kasi tiup blog ni jap sebab rasa macam berhabuk sket. Almaklum bulan2 puasa ni blog pon kena bersih kan. Cuti 2 hari semalam memang best! Sebabnya rumah aku riuh rendah dengan penghuni baru yang gila2 sporting dan kaki sembang. Hari sabtu aku ajak diorg berbuka kat ruang tamu kasi sembang rapat sket. Sembang2 tetiba brader tu ckp esok kita masak nak? Sebab beli kat bazar makan tak puas. Tapi memang betulla. Masuk je hari kedua aku rasa dah bosan nak g bazar ramadan. Bebudak tu kemas dapur memang bersih gila sebab senang nak masak katanya. Aku pon kuar beli lauk+kuih sket dan makan sama2. Memang best terasa mcm zaman blaja dolu2. Sahur tadi siap kejut aku lagi suh makan. Aku memang dah dengar tung tang tung tang kat dapur kul 4.30am. Kul 5am aku bangun untuk merasa nasi goreng yang dia masak. Walopon bese2 tapi seronok ar seme bangun makan. Haha.. Barula terasa tak bosan puasa kali ni. Mula2 ramadan aku memang terasa nak balik sebab ntah rasa sunyi puasa sorang. Tapi kalo nak masak pon hujung2 minggu sebab diorg keje kul 5pm sampai 2am. So lu pk la sendirik. Wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Happy blessed Ramadan al-Mubarak




Sebenarnya aku dah byk berdosa pada Allah yang Maha Esa (wahh ayat declaration gitu). Aku dpt merasakan Allah itu mengurniakan aku selsema dan batuk (bukan AH1N1) untuk memberi peringatan kepadaku bahwasanya bulan Ramadan akan menjelang beberapa hari saja lagi. So, sebelum aku menerjah bulan Ramadan maka Allah itu 'bersihkan' aku dengan cara aku minta ampun byk2 mintak sihat kan tubuh badan supaya dpt beribadat dengan tenangnya sepanjang bulan Ramadan nanti. Kalo demam, selsema, batuk etc nescaya rasa rimas sket sebab nak berpuasa sebab rasa macam uzur sngt dah. Opss.! Oleh itu, sempena bulan Ramadan yang bakal tiba esok lusa hari, saya menyoson 10 jari jemari ku itiew memohon ampun dan maaf kepada semua from top to toe. Semoga kita semua dpt meningkatkan amal ibadat di bulan puasa ini. Amin ya Rahman ya Rahim..

Monday, August 17, 2009

....>----[==]>

muka anak dia tu ikhlas ke tak? haha

Harus ke aku ucap tahniah? Org tua2 kata tak molek kawen nak dekat2 puasa. Almaklum seme menda nak kena 'puasa'. Malas nak komen panjang2 nanti kena saman, samun dan sebagainya.

Friday, August 14, 2009

Jang O Jang



The story starts with the futsal friendly match between my unit and vendor. Me and my ofismate bersama2 turun melihat perlawanan persahabatan futsal antara unit dan vendor di One Utama Damansara. Kira tunjuk muka pon dah ok watttt. Kerana aku kaki bangku so aku tak akan main. If kena jadi goal keeper pon pk 2 kali. Tgh tgk member main dalam 'cage' mcm terdengar suara user aku. Dah... borak2, gelak2 kat situ plak sambil melihat jalan raya dari pandangan atas macam couple. Walopon dah habis ofis hour nak tak nak terborak gak pasal ofis. Ada nama ke bagi penyakit yang asyik ingat pasal ofis? Tak lain dan tak bukan ialah Workaholic. No worries esok pagi kita akan jumpa kat menara coz we have a meeting at 10 a.m. Demmmm, aku ada meeting lain. Ahh pandai2 la. By da way I manager aku macam rushing after the game is over cuz she had to go to the hospital looking after her father. Pneumonia. Then, aku dengan selamber blah cam tu je dari crowd futsal cuz aku ada wayang kul 9.00pm.

Walopon dalam wayang, handpon tak benti2 dihujani mesej dan calling. Ahh lantak p. Seperti biasa bila dah tgk muvie kena la review sket. Cita Jang O Jang ni penuh dengan aksi setiap saat dan sessuai kepada mereka yang suka akan aksi2 dan teknik2 CGI terbayekkk punya. Futuristik into the future cybertron habis. Jalan cita dah cliche cuma effect dia memang menarik. Seperti biasa aku akan ckp kat kawan aku, teknologi nano akan memusnahkan alam semesta kalo tak digunakan dgn betul. Nak kejar penjahat 2 ekor, tapi satu bandar musnah. Dia ada satu nama yang dipanggil utilitarianisme kot. Biar mati segilintir asal dpt menyelamatkan satu dunia.

p/s: Takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri

Thursday, August 13, 2009

claimsz

dey tambiii, itu pon mau kecoh kaa.....


Perbualan sengal antara Aku dan Nur Iman(bukan nama sebenar merangkap ofismate Aku):


Nur Iman (10:49:28): ko segan x kalo nak naik atas semata2 nak tuntut claim berharga rm2700?
Aku (10:49:43): gila byk
Nur Iman (10:49:50): hmm..kalo rm270 ko segan x?
Aku (10:49:56): gila byk
Aku (10:50:03): kalo rm27 segan tak
Aku (10:50:05): gila byk
Aku (10:50:13): kalo rm2.70 segan tak
Nur Iman (10:50:29): tu la..sbnrye claim aku 27inggit je
Aku (10:50:42): ceh.. ingat 2 riban
Aku (10:50:47): amik jela
Nur Iman (10:50:49): nak naik ke x ek?
Aku (10:50:57): boleh belik cekodok
Aku (10:53:33): 27 hengget lepas mas kawin kat pahang pe
Nur Iman (10:53:39): haha
Nur Iman (10:53:44): terpksa la amek cmtu
Aku (10:53:51): haha.. terbaekk

Perbualan tamat tanpa sebarang perkara buruk berlaku. Haha


Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

kekalahan dirahsiakan




Minggu lepas one of my senior ajak main futsal kat PJ. Aku pon ckpla aku kaki bangku to be franked la kan. This week aku baru la tau result diorg berapa sebenarnya. As usual aku dpt menjangkakan kekalahan yang teruk dibelasah oleh pihak lawan. Ofis aku ni bila ada tournament terus je main belasah. Sebb tu dapat result pon kena dibelasah. Kesimpulannya, aku rasa permainan ping pong je kot tak kena belasah sebab kat level ni ada meja ping pong so buleh dikatakan tiap2 hari bermain. Macam kes aku dulu, wakil badminton ofis ni, dapatla tempat ke 3 dari 3 pasukan. Haha, kira dpt gakla medal. So moral of da story, aku memang takkan masuk tournament yg aku sendiri dapat menghidu bau2 kekalahan yang teruk amat. Sebab? aku tak mau jadi subject utk diperkotak katik kan kelak. Haha. Sebab apa kumpulan kalah? Sebab aku. So lu pk la sendirik.

Friday, August 7, 2009

Berjaga2


Getting flu after attending 5 days course sumwhere in KL. It really makes me headache. The training room was so small. During the learning season, the door was completely closed and the air circulation wasnt so well-ventilated. Im about to say, "can we just wrap up this class fairly quickly?" but im not vocal enuf to say that. However, the course really makes me so freee w/o bothering the hectic circumstances of the ofis. But of cos, bundles of work are waiting for me to be settled by next week. Yup, just remember one of the participant in Pencarian Gadis Melayu who says "saya nak kaya cepat2". The judges asked "by how?". She confidently said, "Kerja sampai mati". teeeeeett.. being eliminated. The crucial part tat i want to shout here is, H1N1 is getting spread crazily w/o knowing the victims. So, search for further on this swine flu by asking pakcik Goooogle.

Thursday, August 6, 2009

Majlis Tilawah ke 51

Aku jatuh cintaa dah lama dengan suara Dato' Faizul yang lunak merdu bila beliau mengaji. Smalam aku tgk Majlis tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di TV1 dan sempat merakam suara beliau guna Hp aku dan dengar berulang kali dan dan dan. Beliau telah menjadi 'artis' jemputan untuk memulakan gelanggang musabaqah kali ke 51 itu. Berasal dari kuantan Pahang (org kitoo) dan pernah menjadi johan peringkat antarabangsa pada tahun 2006. Aku pernah jadi makmum ketika beliau membuat 'roadshow' ke kampung aku Muadzam Shah ketika bulan puasa ramadan almubarak.

Aku berharap bulan puasa yang bakal tiba ini akan berjumpa lagi dengan beliau dan mendengar suara yang best itieww. Walopon dia baca panjang tapi rasa sekejap sebab againnnn suara manTOP.

Tuesday, August 4, 2009

SAP Training

Anda dikenalpasti untuk mengikuti kursus berikut: BC405 ABAP Reporting. Sila hadirkan diri kalo tak tindakan tatatertib buleh diambil.

Sekian dimaklumkan.

p/s: aku training selama seminggu.

Friday, July 31, 2009

jambu ker?

Wah gitu tajuk hari ni kan. Seyes pala otak aku weng hari ni kerana tido lewat (tgk wayang habis kul 12) dan hal2 berkaitan semalam. Nak dipendekkan cita, ofismate aku angkat talipon. Then the convesation goes like this. "boleh saya bercakap dengan jambu (pemboleh ubah dan juga seorang lelaki India)?". Jawab kawanku, "Jambu outstation minggu ni. Ada apa2 yg boleh saya bantu?." "saya blablabla pengarah dari Produksi Video 18XXX (lu pk la sendirik) nak ambil jambu berlakon la. Dia dah kawen ke belom?." Kawan ku agak2 blur adakah dia tersilap dengar atau sebaliknya. WTF!!! "Dia belom kawen, tapi apa2 hal u call dia next weekla." "You nak tak berlakon bawah i ?" tanya pengarah itiiiew. WTF sekali lagi. Then kawan aku ckp, "takpelah". The conversation ended peacefully w/o both sides being horny each other over the phone.


Gosh! Walaupun aku ni idak le baik bebenor, tapi once aku tau camni, kompem aku rasa cam.. aaaaa errrrr uuuhhhhh tak berapa selesa ngan jambu (senior aku kat sini) kan. Tapi aku harap dia tak camtu. Yang aku peliknya kenapa sampai ke ofis mamat india tu call? where did he get the phone no? Talipon ofis plak tuh? Gilaa kalo senior lain atau senior mgr aku yang angkat. Adakah jambu itu sememangnya jambu atau mempelam, cempedak, durian dan sebagainya.


pengsannnnn

Thursday, July 30, 2009

keep on scandal


Lawak betul motto satu kumpulan masa cita pop kuiz minggu lepas. Really menyentap. Yang satu motto dia berbunyi "piap piap", second berbunyi "bini orang", 3rd berbunyi "keep on scandal". Apa yg aku nak relate kat sini adalah, kat ofis ni musim scandal. Haha. Sakit pala weh bila org skandal melibatkan orang lain "yang tak berdosa" gitieww. Aku dpt menghidu sesuatu yg burok akan berlaku 2,3,4 tahun lagi. Yang sorg tu tgh sambung master. Bila senior manager aku naik pangkat, yg sambung master tu maybe naik jadi senior manager plak dannnnnn anak ikan dia will keep on scandal. Tidakkkk. Walopon begitu, aku tetap bahagia tgk kucing yang lalu lalang kat bawah ni. Aku seakan paham apa yang ia cakap!

ada aku kesah dengan cita skandal nko tuh!

Wednesday, July 29, 2009

Subject: Ibu, Anak Dan Menantu



Suzana (nama sbnr) dan Razman (nama sbnr) adalah pasangan kapel yang paling bahagia dr sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bsma di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di dalam kelas.. sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuahU swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya utk m'ikut sgala kehendak nya.. salmah adlh ibu kpd suzana sulaiman.. pd suatu hari, salmah m'dpt tau bhawa anak tunggalnya kuar dgn seorang lelaki iatu razman.



Dia m'dgr kabar itu drpd jiran2 nya. dia pun naik berang dan sgt marah t'hdp razman& mnyimpan dendam trhdp lelaki itu.. salmah memberhentikn pngajian anaknya dr U itu..dgn niat utk memisahkn mereka. 3bln kemudian dtglah razman dgn rombognan mmnang ke rumah suzana. ibu nya terpksa akur dgn percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. stlh 1thn b'lalu mereka pn di ijab qabul kn.. bajet nak g honeymoon kat tioman..tp malang yg mnimpa mereka.. mereka eksiden semasa otw nk g tioman.. yg b'tmbh malangnya mka suzana m'alami luka truk sehingga kulit muka nya hlg. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.



Salmah mengetahui akan kemalangan itu terlalu bnci kpd razman tambahan lagi apabila mngatahui brita tentang kemalangan itu menyebabkan wajah anaknya menjadi cacat. razman cuba utk m'prbaiki keadaan.. sblm ibu nya sempat smpai ke hospital itu, razman cube b'bncg dgn dokter utk mmbuat pmbedahan pd muka isteri nya..dia b'cdg utk mndermakn kulit nya.. dokter setuju ats cdgn itu..lalu mereka pn mmbuat pmbedahan itu dgn segera.. stlh 3ari terlantar di hospital,salmah dtg utk mlwat anak nya..salmah berasa amat gembira dan b'syukur krana ada insan yg sggup mndermakan kulit utk anaknya..



Dia pun m'meluk,lalu mncium pp anknya itu dgn pnuh k'gmbiraan.. tp,dndam nya trhdp razman blm berakhir.kerana baginya razman bersalah dan menyebabkan anak kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan. salmah trus mnerpa ke arah dokter & 'tnyakn siapa yg sggup mndermakn kulit kpd anaknya.. dokter tringat akn jnji nya kpd razman spaya m'rhsiakn hal ini drpd pngatahuan salmah.. jd, dokter hnya mnjwb " seorg lelaki tlh mndermakn nya & dia tdk mahu diknali"..salmah akur & agak kcewa dgn jwpn dokter..


gini gamaknya muka emak si suzana tu kalo dpt tawuu


***pss:* hal yg sbnrnya razman telah pun mendermakn sebahagian kulit pggung nya kpd isteri t'syg utk kelihatan sempurna & cntik.. cuba lah klu rahsia ini tbngkar & salmah tau pipi anaknya yg di cium itu adlh kulit drpda pggung mnantu yg di bnci nya tu macam mana ek??

*HAHAHAHAHA *

Monday, July 27, 2009

dalam kenangan~

credit : Kosmo

Walaupun kita bukan sedara dekat tapi kita tetap sedara Islam. Aku sentiasa kagum dengan iklan2 raya, kemerdekaan dll beliau. Cerita2 wayang juga tidak kurang hebatnya. Yang paling aku respek, walopon dia berada di luar atau di dalam negara , baju kebaya nyonya tak pernah lekang ketika mengambil award dan sebagainya. Al-fatihah buat Yasmin Ahmad.

Thursday, July 23, 2009

kisah seram sejuk



Memang lawaklah cita dak skolah nih. Tergelak aku bila baca. Ayat last tu tak leh blah. "Hantu itu gembira jugakah?" keh keh.. Jumpa cikgu!

Bila kenang zaman skolah dolu2 memang lawak. Budak2 ni kadang2 lack of idea due to less of reading books. So bila dah desperate, dok pusing2 ayat tu je sampai diri sendiri pon ada pening. Punyala nak cukup kan 160 patah perkataan (ntah aku pon tak hengat berapa patah). Moral of the story, cultivation process must comes from home. Ibu bapa perlu pantau perkembangan anak2 dan tidak meletakkan 100% tanggungjawab kepada warga pendidik sahaja. Siapa yang rugi? mereka dan keluarga mereka juga.

Monday, July 20, 2009

worst week end



Hari minggu yang memeningkan. Sabtu keluar cari pasal, tapi tak jumpa2. Malam keluar sampai larut malam dan dah lama tak jadi kutu rayau di setapak. Tak dapat nak diungkapkan dgn kata2. Bzzzzzz.. talian terputus.

Friday, July 17, 2009

Review : Ice Age 3


Ice age 3 memecah keheningan malam dengan gelak ketawa berdekah2 dari para penonton. Rabu smalam aku sekali lagi terus terjah GSC Mid Valley untuk tgk cita ini secara 3D. Komen: Memang 3D dia tak byk sangat berbanding cerita Alien VS Monsters. Adakah apabila sesuatu cerita tu banyak sangat role dia menjadi kelam kabut dan penonton macam aku ni hampir lupa setiap lawak yang ada atau aku je yang mudah lupa. Tapi kalo tgk cita Alien VS Monsters tu aku hampir ingat lawak2 dia. Tapi layan jela. Kemalasan dan kemurungan aku lately semakin menjadi-jadi. Aku perlukan bantuan untuk rejuvinate semula........ Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin.

Monday, July 13, 2009

Durian runtuh



Korang tgkla betapa maha karya cinta durian yang abah aku bawak balik dari kebun. Rasa nak demam bila terlebih makan buah-buahan yang boleh bawak bisa badan. Seperti bese aku bawak ole2 bau durian yang melekat baik punya kat tangan. Puas aku makan siap malam takleh tido sebab panas badan. Tdo pukul 12 malam gara2 tolong buat tempoyak kat beranda luar rumah. Sonok sngt. Tapi durian tu mak aku jual jugak kadang2 sebab dah byk sngt. Aku suggest beli peti yang besau ala2 peti eskrem walls tu sebab senang nak simpan menda2 alah tempoyak nih. Tempoyak tu pon orang nak beli. Sedap weh... buat sambal tempoyak dan patin masak tempoyak. Gerenti meleleh...

Friday, July 10, 2009

balik lah kampung

Its time to go home. Makan durian yg abah bawak balik dari kebun dan borak2 pasal masa depan. Aku hampir menjadi anak derhaka ala2 cita batu belah batu berhala gitiew (ada ke cita tuh?). Dah lama tak balik kampung. Nak kata rejuvinate macam tak puas. So layan kan aja cuti ujung minggu nih. Konon2 nak cuti mg depan tapi sibuk dgn testing. Hati ni macam dah bernanah dah dengan karenah manusia yang tak habis2 dengan sikap yang ntah papa. Bukan nak kata, tapi itu realiti. Tapi ayat2 biasa yang aku akan cakap, bila aku balik kampung, aku akan rasa so humble dan ingat asal usul aku dan kepayahan aku selama ini. The end~

Thursday, July 9, 2009

Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia

Menarik untuk dikongsi bersama~
Saya terserempak dengan artikel menarik oleh Irfan Khairi di http://www.IrfanKhairi.com
Persoalan yang diutarakan ialah kenapa di TV, kalau kita tengok budak-budak mat salleh kalau di interview, mereka nampak natural. Tidak takut-takut dengan camera. Mereka amat sporting dan memberi response yang baik.

Tetapi, apabila melihat budak-budak Malaysia terutamanya apabila di interview di TV, bagaikan takut-takut… malu sedikit, dan adakalanya hendak menyorok dan tidak memberi response yang lancar?

Salah satu sebab ialah: Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri. Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!

Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.

Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?

Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi? Itulah self-concius!

Apa komen anda?

Monday, July 6, 2009

bilik terbersih



Aku masih ingat lagi masa aku kat boarding skool dulu, aku pernah menang locker terbaik. Dan masa hari terbuka asrama which is pelajar perempuan can come and look over into asrama lelaki dan vice versa, mereka suruh aku bukak locker untuk tgk apa yang menarik sngt ke atas locker aku tuh. Gila kau nak kasi tunjuk!. Buatnya diorg curi underwear aku sapa yang susah? Gambar2 kat atas ni takde kaitan pon dgn kisah2 asrama aku. Cuma ni adalah bilik bujang aku setelah di kemas pada tiap2 hujung mg kalo boleh. Ahhhh fenat gak. Tapi berpeluh skali skala apa salahnya. Haha.. welcome to cikkai's bedroom! dungeon tau and need VVIP pass to come in. hehe~

Friday, July 3, 2009

transformer 2

awek cun! napa ko pegang tangan diaaaaaa..

iMAX times squre besau sngt sampai aku rasa hilang fokus bila aku tgk cita transformer 2 smalam. Macam tgk teater pon ada. Apatah macam tgk wayang kulit. Overall best la tgk cita transformer sebab ada 2 awekkkkkkkkkkks cun. Biarpon dari autobots yang jahat tapi tetap cun. Body manTOPPP! However satu je yang aku nampak dari cita ni di mana askar2 AS macam showing off their weapon techs when it comes to the world war. Memang aku rasa hebatla senjata2 diorng. Hovercraft, aricraft etc blablabla. So, skang ni aku bermimpi2 utk beli satu model bumblebee yang cute mute ini.


vrooomm vrooomm

Thursday, July 2, 2009

my legendary pop icon


aku tak tahu kenapa bila MJ ni mati terasa sedih plak walopon aku tak tau dia beragama apa sebab kematian dia all of sudden. Ada yang kata dia Islam dan sebaliknya. Tapi kalo korang ikuti perkembangan hidup dia memang agak sedih la kot atau aku je yang terlebih touching gitiew. dia memang lain dari yang lain dan hes the only one. Aku rasa kes dia macam sama dengan heath ledger suatu ketika dahulu. Makan pil berlebihan coz kureng tidor dan sebagainya. Itula bila dah fofular sngt hidup pon tak seaman yang disangkakan. Televisyen still lagi bercerita tentang autopsi dia yang tak habis2 kerana ayah dia tak puas hati. Anak2 dia pon sebenarnya bukan anak2 sebenar dia sebab ntah bukan sperm dia dan so on. walobagaimana pon you r not alone. im here with you.. though you far away. you always in my heart.

R.I.P Mister MJ


Wednesday, July 1, 2009

Family Day 2009

First time ever. Sebenarnya sabtu lepas aku menghadiri family day ofis di desa waterpark sg besi KL. Sungguhla happening pala sebab aku jadi committee, MC dan bagai2 lagi. Agak penat berdiri mengacara majlis di samping bermain2 air di sana. Sengal2 badan toksah cita. Sampai sana tak ingat umur dah kecik ke besar. Menagalah kan budak2, menjerit mengalahkan dak pempuan bila luncur air dari atas. Tapi memang aku lupa segala masalah kerja dan have fun all da time. Team aku dpt nombor satu dan aku dpt hadiah lucky draw berupa sebijik rice cooker. Nak masak aku malas. So simpan jela buat hadiah kawin. Haha. Apa yang penting? Kerjaaaaaaaaaasama. wonderpet wonderpet~ Temanya pirate of carribean. Tapi grop aku ala2 wonderpet gitiew. Pape jelaa.