Monday, September 28, 2009

1 minggu = rejuvenating

Antara pokok yang ditebang

setiap tahun 1000 batang cucuk sate akan diorder



Slamat hari raya dan maaf zahir batin. Mola2 skali mehla aku cita apa yang berlaku sepanjang aku coti seminggu yg lepas. Hari raya pertama cam bese la aktiviti nya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Tatkala aku memberi duit raya aku tersalah bagi duit raya ayah aku RM100 dekat sepupu aku. Cecepat aku mintak balek sebelum sepupu aku pulun RM100 tuh. Haha.. Diikuti pula dengan menziarah kubur. Raya kedua duk rumah tunggu tetamu dtg. Memang ramaila yang datang lebih kurang 2 bas. Tak tipu punya.

Selalu raya kedua pakcik aku ajak beraya umah menteri besar tapi tahun ni tak buat sebab atas nasihat pihak hospital kerana masalah H satu N satu. Duk umah bukan sesaja, tuh ada 3 pokok besar kena cantas buat kayu api untuk kenduri akak aku kawen bulan 12 nih. Terbaikk leher blakang aku terbakar sebab lama sngt berjemur bawah matahari. So muka aku rasa cam itam2 manis sket cuti2 nih. Balik rumah hari kamis diteruskan lagi dengan gotong-royong umah aku yang tak siap lagi. Ruang tamu dan 2 bilik dah siap tile cuma wiring belum sambung. Batu-bata kat umah tu pon kena kasi susun sebab nak buat pagar baru. Mak aku cam dah malas nak amik port sebab duk pikir persiapan akak aku nak kawen. Haih~ Tapi apa2 hal pon raya dah rasa mcm tak raya. Hari pertama je best. Selainnya dah mcm hari bese. Sebab tu aku tak heran pon nak beli baju raya baru. Haha.

No comments: