Friday, April 1, 2011

status : Mod Perojek xoxo

saya sedang dalam Project M.O.D.E ketika ini. Buleh kasi ka alasan camtu penyebab tak update blog? haha. Tak tipu punya...Memang byk kena buat. Kadang2 terasa 24hours tu tak cukup. Punyala tak bersyukur tak pon tak reti nak bahagi masa. BAU (business as usual) still kena buat, project kena buat, change request kena buat, incident kena buat, study pasal smartGrid kena buat jugak. Tak menyumpah pun cumanya kalo saya ni kembar 10 mesti bleh delegatenya. Dengan syarat saya ketua kepada kembar2 saya. Haha kompem saya hanya goyang kaki sahaja. Every second tanya update dah siap ke belom. Haha memang nak kena pelempang. By da way, kena sentiasa expect the unexpected. Jgn terlalu berharap orang lain yang akan buat kerja kita, kerana tiada maknanya (sambil cekak pinggang). Teringat kata2 manis seorang peniaga akibat kedai2 mereka hendak dirobohkan di satu kawasan dekat Kelantan di dalam tV3 isnin 28Mac2011 smalam "puok2 ni harap mulot ja manih, tapi gak jubo mase belako ho tok serupo bikin".. Aku ngan ayah aku ketawa terbahak2.


p/s : korang translate jela sendiri bahasa kelatan tu

Tuesday, March 29, 2011

kerna duit

Sedeynya.. Kerana duit semua orang gila judi. Kira macam lagu M Daud Kilau laa ni. Kerana duit adik beradik berbalah. Kerana duit putus saudara. Kerana duit manusia hilang pertimbangan. Wahai manusia sekalian, kenapa kita harus iri hati atau hasad dengki dengan darah daging kita sendiri? Rasa menyampah dengan saudara muslim kita sendiri? Semua tu sifat2 syaitan ye. Kita harus ada sikap untuk berlumba2 menjadi lebih baik dengan apa yang kita ada sekarang. Tak kira dari segi ibadah ataupun taraf kehidupan. Musuh utama yang perlu kita atasi adalah diri sendiri. Duit adalah penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Tetapi kalo terlalu tamak kelak memakan diri sendiri. Berdoalah agar kita semua dijauhi sifat tamak dan diberikan sifat bersyukur atas kurniaan Allah yang telah memberi keizinan untuk kita hidup di atas muka bumi ini. Insan itu pelupa atas tugas kita di dunia ini. Tugas kita tak lain dan tak bukan untuk memakmurkan bumi, meneruskan perjuangan para anbia' serta tunduk dan patuh atas suruhanNya.


p/s: gaji nko 100 ribu? ada aku kesah.. bila susah muka ni gak yang dicarikan. bila senang nko hilang ingatan ye

Monday, March 21, 2011

your appearance

Just recently the internetwork is getting slow which i guess will make the mass public unsatisfying towards the internet service provider. I will simply say this is due to the earthquake that had happened in Japan couple weeks ago which has lead to the interruption of trunk cable embedded under the sea. True or not just goggling yourself.. haha. Today i will talk about, how important your appearance when applying for a job. I’m not a beautician but I love to look good in front of the people. And maybe because of that I always getting a private message that sounds like ‘hai.. I dont know u personally but u r cute hehe.. Dont worry,i'm older than u..mcm kakak puji adik la kira ni.. Ur face looks familiar. X tau npk katne..’ It is cliché to me because quite a few people saying the same thing upon me. Ni nak bangga ke apa aku ni? When you look good whether in your profile picture or in reality, some recruiters or even interviewers will make an assumption that you are confident enough to work with them. However, some believe it is all comes within your heart. The so called crystal clear view heart will definitely portrays how good you are when you carry yourself in the public. Outer beauty will come naturally after consolidating the inner beauty. Itu ala kata2 manis miss universe untuk menang okay…! So starts maximize your wardrobe with the striking colors of shirt! Buy a few fashion magazines and you will find a lot more tips on how to dress up for different functions nicely. Don’t overdo or over dressed! Else, u will be exactly like lady gagak.

p/s: hari2 pakai baju sama sebab already hensem katanya. Pakai apa pon nampak sassy.

Tuesday, March 15, 2011

oh tsunami!

Firstly tahniah Lee Chong Wei atas kemenangan ALL England ahad smalam. Walaupun rekod pertemuan lebih memihak kepada cik Lin Dan but overall is a well done job with the straight set. Tengok muka2 diorg ni with the sepet mata teringat plak mangsa2 tsunami di Jepon. Kita sedia maklum bumi semakin tua. Tidak dpt menampung makhluk2 yang duduk di atas nya belom masuk kerosakan yang dilakukan. Peperangan, global warming dan segala macam karenah yang berlaku di muka bumi ini sedikit sebanyak menempah murka bumi kita yang ber inti kan lava merah menyala tunggu masa nak explode je. So sadarlah wahai manusia kita ni hidup sementara, walopon sejauh mana teknologi canggih yang kita ada, reaktor nuklear tu senang2 je boleh meletop kalo tiada langkah2 kesepakatan sejagat yang diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar ini. Tidak mustahil kesan sampingan itu boleh sampai ke negara Malaysia ini. Ingatlah, Allah S.W.T tidak memilih orang baik atau tidak bagi menurunkan bala. Kalo dah kena banjir, kemarau, salji even tsunami tak kira baik atau tidak semuanya kena which means no selective option in this kind of cases. Tempiasnya? Kesan ekonomi, currency jatuh, nak download cita jepon etc akan tergendala.

p/s: moga2 selamat Umat2 Islam tak kira di mana jua berada

Monday, March 14, 2011

yeay cuti skolah lagi

Kemalasan melanda hari isnin. Mungkin akibat tidak menfaatkan cuti sabtu dan ahad dengan sepenuhnya. Sibuk menghadiri majlis perkahwinan member. Tapi kemalasan hari isnin ini sedikit sebanyak diceriakan oleh jalan raya yang tidak jem atau separa lengang sebab cuti sekolah. Kan best kalo tetiap2 hari begini. Nescaya aman KL ini dapat hirup udara segar. Nak buat sekolah nuh jauh2 dalam utan lenkali. So seperti biasa buat2 busy jelah kat ofis. Managar cuti hari ni so agak best skali. So ada time plak aku nak berblogging kan. Kalo tak haramm tak update. So aku nak sambung tido jap! zzz. Bangun pagi tadi teringat mimpi ada org suh update blog. Fiuh!

p/s : sibuk nak cuti mcm orang cuti skolah.. impikan bangun lambat

Thursday, March 10, 2011

part time **** job

Jadi trend plak buat part-time job skang ni walopon dah keje tetap. Bukan pe, nak cari duit lebih kata nya. Nak kasi makan anak2 ikan dalam akuarium kat umah tu. Nak2 pulakk bila time2 nak raya, masing2 promote kuih buatan sendiri yang ado dan tak kurang juga yang menjual tudung raya. Aku pon sedang mencari part-time job. Memang berlambak kat intenet tu cumanya hari saja yang menentukan. Keje kat ofis pon belambak ni kan pulak nak buat freelance. Mau tak tido twenty four seven. Rasa2nya aku nak keje part-time apa ek?

ada bran ke korang? matilaaa

Wednesday, March 2, 2011

wats the time sekarang

Just left my watch at home and no aircond in the office! terbaekk. Terpaksa refer jam di handfon yang murah ini sebagai panduan sebelum attend meeting. Malam smalam headache sebab ada perkara yang merengsakan kepala ini. Sabo jela byk2 dugaan yang menimpas-nimpas (plural)

Monday, February 28, 2011

wat will u do as a boss?

The only thing we should care about as employees....

1. The company is making money and my boss is finding ways to streamline, become more profitable, or improve quality.
2. My boss creates a safe work environment for me and does not ask me to do something that endangers my life or limb
3. My boss does not discriminate against me
4. My boss does not ask me to do anything unethical

If he or she does all of these things then I could care less if they are nice to me or are my friend. My boss needs to protect my job and keep it from being sent to China. I won't care if my boss was my friend when I am on the unemployment line.

We go to work for a check in exchange for producing. You are paid for services, not for friendship. Now I do understand the motivational principles that indicate happy employees are more productive. However, if we as employees measure our happiness on our boss being our friend then we have our priorities all screwed up. My happiness is a competent boss that does not create a hostile or intimidating workplace.

p/s : Jgn sampai the entire building trying to figure out how the boss was promoted sudahlaaa! sebab tak competent

Thursday, February 24, 2011

go Diego go!

Malaysia Boleh! Kemenangan ke atas Pakistan 2-0 smalam adalah misi untuk kelayakan Olimpik 2012. 9 Mac mereka akan bermain smula di Lahore Pakistan 2nd league. Overall smalam tengok Malaysia banyak gila peluang kot depan pintu gol. Serangan toksah cita memang terbaek punya bertubi2. Pemain pakistan agak lebih kepada permainan defensive sebab maybe takut dengan pemain lawan yang dianggap Jaguh Baru Asia itu. By da way meantime Indonesia kalah 1-3 kepada Turkeministan (betul ke ejaan ni?). Lately macam best tengok liga Malaysia selepas menang membawa Piala AFF Suzuki that day. Cuma honestly aku memang tak hafal nama2 pemain. Yang femes2 je aku tau like Sasa (Safee Sali), Muslim, Idlan Talaha, Fahmi (Apek) and a few more. Jeles ngan mereka dapat imbuhan puluhan ribu ringgit dari FAM dan kerajaan negeri sendiri. Lebih best ada yang dapat sebidang tanah dan sebijik umah. Kira okla tu kalo nak di compare kan dengan international player. Apa2 hal pon bangga kerana skuad Malaysia 100% anak tempatan termasuk coach dll. Bravoooo!

Tuesday, February 22, 2011

Henset punya cerita

Nak dijadikan cerita Raya Qurban tahun lepas, 1st day henset canggih aku ilang dekat kampong. Memang serabut gak la pala otak sebab takut dapat call dari ofis. Dah la before kejadian boss aku ada mesej suh balik KL ada meeting on Friday. Raya tak silap hari rabu. Aku ckp postpone je meeting tu. Haha. sapa boss skang? sendiri jawab. Huhu. Skang aku hanya pakai henset murah saja. Ala nokia yang rm99 tak pon rm85 tu. Lagi puas hati kalo ilang. Dapat bonus tempoh hari teringin nak pakai black berrak. Tapi sampai la ni aku stick with the nokia fon. Sedap pegang keypad dia. Recently mak aku tanya, bila nak tukar henset? Aku jawab tak urgent pon nak tukar henset. Biorpon pakai kete canggih manggih tapi henset murah baru stylo. Haha. Kedekut? Bukan duit orang lain, duit aku gak. Asal boleh sms dan buat panggilan kecemasan dah ok uoll!

Monday, February 21, 2011

Dah berapa lama kerja?

Pernah tak anda ditanya dah berapa lama kerja kat sini? Ada dua persoalan yang aku nampak. Satu, dia really2 nak tau sekadar ingin tahu. Dua, samaada aku ni macam tak competence menyebabkan soalan itu terpacul di molot beliau itu. Itula yang aku alami dan masih terngiang2 kat telinga dan kepala otak tatkala sedang meeting dengan general manager tempoh hari. Yang tanya aku tu plak senior manager. Maybe dia bosan dengan meeting tu dan borak2 kecil ngan aku . Tapi aku take it less seriously. Cuma I will always improve myself for the better. Aku pon jawab la starting June 2008 and probation for one year. Banyak lagi menda yang aku tak tau dan tiap2 hari masih belajar. Kadang2 aku ni suka baca pikiran orang lain walaupon tak semuanya betul. Langkah berjaga2 sebelum kita disembur oleh orang lain, better kita persiapkan diri dulu tak gitu! Aku juga tak setuju bila motto "kehidupan untuk kerja dan kerja adalah kehidupan" dicanang-canangkan dekat young executives. Dunia ini hanyalah sementara. Pulun tetapi biarlah berilmu dan beramal. Taat pada perintahNya barulah bahagia dunia akhirat.

Friday, February 18, 2011

Feb 18th - Baru ter update (T.T)

Ceciter ceciter ngape blog awok ni doh lame tak berupdet. Itula, dolu dolu takmo blajo english educasyen. Nampok sangat menipu nye. Penangan si Usop ke atau penangan Hantu KL? Tengok sorang2 tak kelakar. Tapi tengok ramai2 dengan ofismate jadi kelakar sebab tgk orang lain gelak. Sempat lagi tu layan kul 1 pagi sebelum buat Disaster Recovery. Sabo jela. Bosan tunggu kul 4.30 pagi baru start. Abis kul 6.30 pagi. Lepas subuh terus tidurrr (ahad Feb 13th). Itu je awok nak cita je pada keme semua.

p/s : sedang blajo mencantikkan blog yang dah lama suram suriram

Saturday, March 27, 2010

27 March - Earth Hour

Sorry dear frends yang mengajak aku ke Ulu Yam today untuk bermandi-manda. Aku tak berminat. Bukannya apa, seperti yang aku ckp, this week aku penat dan tension gila sampai nak berfoya2 pon aku takde selera. Lebih suka duduk rumah, kemas bilik, basuh baju dan tido. Ntah, aku rasa frustrated kot! Of what? Of you, yes i mean it. So dari aku berenang2 mengadap muka nko, baik aku duduk rumah sajo.

Talking about earth hour, ye aku berada di cyber caef skarang sebab rumah aku bergelap. So aku turun jela ke bawah melayari internet. Bila bukak fB aku terbaca statement, "i need lights, so i dont bother of Earth Hour watsoever". Kaman la, bumi kita sudah tua okay. Support la sket this campaign. Aku dari dulu memang cintakan alam sekitar. Nak kata ahli kelab alam sekitar, jauh sekali. So apa yang aku buat sebagai seorang manusia adalah menjaga kebersihan bumi, kurangkan penggunaan plastic and go green. So bersama2lah kita menjaga alam sekitar demi kelestarian bumi yang berpanjangan untuk sapa? generasi anak2 kita akan datang.

Thursday, March 25, 2010

Mid life crisis will never end

It seems like this blog will totally need to be shut down very soon. This is wat people call mid-life crisis? Haha.. I am so embarrassing of myself. Its getting busier all this while. Malas gila nak update. This will be an official site for me to shout out all the dirty words. teeeet! Maka berlapis2 lah penyakit akan datang jika asyik tension je. Starting next week nak work-out smula. Just to test and stretch my fitness kembali. Asyik mengadap PC 24 seven. Nak kawen ngan PC ke apa?

Saturday, January 16, 2010

blog housekeeping!

Ingat rumah je ke kena housekeeping? System, pala otak, blog etc pon kena housekeeping tau@! haha. I want to start this writing by blowing and cleaning the dust and germs all over the blog. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Day by day im thinking of what will happen to this blog if im just shut it off. Its craazy man becoz the work load is currently piling up! I have to settle the change request coming from the user before end of this february due to GST implementation is coming up sooner. So by captain hook or by captain crook, i have to do it though. Walaupun rasa mcm give up je takleh buat cam bese ku tahan jebat. But i do love my job. What else i can do except to serve and powering the nation? haha cam pernah dengar je ayat tuh. Tahun ni aku terasa mcm best sebab rasa diri ini disayangi more. Sebelum ni aku tak disayangi ke? the more u pamper urself, u will explore the strenght and fragility of urself which perhaps u will counter it fast.

Monday, December 28, 2009

3 hari cuti~

Aku baru perasan, bila dah keje ni kan orang slalu ckp ujung tahun cam takde mood nak buat keje. Mood adalah cuti sajork! Ada beza ke bulan disember dengan bulan2 lain. Tapi bila dah kena batang idong sendiri rasakan. Memang pon sebab rasa nak masuk tahun baru, baru beberia nak buat keje. Sebab pe? Sebab bonus dapat ujung tahun so 'beselah'. Tapi kalo cam aku ni awal bulan, 6 januari dah ada meeting ngan user pe cer? So nak tak nak still have to prepare all the crappy docs so forth. Bosan~ Tapi cuti 3 hari smalam meme puah ati sebab nya puah berjalan2 KLCC dan Mid Vall. Sebenarnya dah bese pegi those places. Seperti biasa kalo ada duit je baru leh p, kalo takde duit duk umah pandang siling je. Hujan2 tarik simut tido...

Monday, December 21, 2009

Y.E.S or N.O ?


Rabu lepas aku g Tropicana Royal Golf Resort sebab ada dinner company. Tema dia black silver and gold macam lagu akon. So nak taknak aku kena la cari baju yang sessuai untuk diperagakan dalam majlis yang serba kureng itiew. Lepas meeting terus ca alip bot ke Mid Vall untuk mencari baju. Mumula pegi I-Setan untuk usya2 baju dulu. Then pegi jusco tapi aku keluar semula sebab panas giler dalam tuh. Member jusco day on 15-16 Dec. Wat the heck! Usya plak kat metrojaya tapi cam tak best. Last2 pegi smula I-Setan dan grap apa yang aku nak. Semuanya RM270++ cik. Yeah taknak kalah aku walopon duit hampir2 kering! So puas sebab orang puji gak bow tie dan konsep pemakaian aku. Haha. So sempena Y.E.S ni uoll say yes ke no? Mestilah yes kan ujung2 tahun barang murah tapi kena pandai berbelanja. Jangan jadi cam aku, masuk je I-Setan kompem jadi setan. Sekian, dan marilah kita bershopping!

Monday, December 14, 2009

kucing putih itam

Every morning lepas aku park moto nak g keje, mesti ada sekor kucing warna putih jadi jaga kat LG4 bawah nih! dia sekor2 je. Bulu dia warna putih ada sket tompok itam. Tapi lately aku tgk bulu dia dah kelarah! haha sebab duk baring2 atas lantai tempat parking2 kete ni kan. Jadi warna itam sket2. Nak je aku bawak balik mandi. So wild. Tak tau napa dia leh setia jadi jaga kat bawah nih. Maybe ada org kasi makan kot so sebab tu dia akan tunggu pagi2 kat parking bawah nih. Nanti aku snap gambar dia upload kat sini!

Monday, November 30, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

hapdet jgn tak! Uish apala nasib blog ni. Nak tinggal kena sembelih ke apa. Opss! Lupa nak say Selamat Hari Raya Korban to all. Ye marilah sama2 kita korban kan segala kesibukan kita dengan tidor pada pagi raya. Itulah apa yang aku lakukan selepas solat jumaat. Lepas makan gitu gini aku masuk bilik adik aku lalu melandingkan diri ateh katil. Best gila wa cakap samalu. Takkan dapat ketenangan macam tu di Key El nih. Aku bangun bila aku dengar ayah aku cakap,"abang mana?". Pehtu baru bangun nak solat jumaat. 2 kali khutbah terbaekkk. Memang letih hari tu sebab kamis petang jalan jem so rasakan azabnya. Belom hilang letih petang jumaat balik pekan. Kena la tunjuk muka sat. Kang org mengata macam lah duk London jauh gitu. Hari sabtu plak cam bese menguruskan apa yang tak terurus di kampong aku tuh. Petang aku bleh tertido ateh krusi sebab rasa dah lama tak kuarkan peluh. Petang afta asar aku balik semula ke rumah. Dan hari Isnin smalam 30 november aku rasa kepenatan sekali lagi kerana jem jalan raya yg amat teruk. Sepatutnya sampai kul 6/7pm tapi terlajak ke pukul 9pm. So gitieww ler kisahnya.

Tuesday, November 17, 2009

doing NOTHING

Minggu yang tidak bersemangat dan very dull. Untuk naikkan smula mood, download lagu terbaru byk2 dan dengar puas2. Rasa mcm nak balik rumah main game tv 2D zaman kecik2 dulu. Aku slalu nak try cheer up diri aku tapi im too fragile. Am i ? Rasa mcm nak sepak seseorang yang berlagak busy tapi u r doing NOTHING. Sabar? Ada hadnya. So dengan itu, marilah kita bersama2 menghabiskan duit yang ado hujung minggu ini dengan berfoya2. Sekian dihalkumkan.