Tuesday, December 9, 2008

jadi2 la tuhh~

hiasan semata


tatkala kawasan di pantai timur dilanda musim tengkujuh, namun Selangor juga kena tempiasnya. Insiden tanah runtuh di bukit antarabangsa telah memberi amaran kepada kita bahawa dunia semakin tua. Sama seperti manusia. Tidak mampu utk menahan beban yang besar dan kerakusan manusia yang asyik menarah bukit untuk pembangunan tanpa mengambil tahu kesan dan akibat jika tanpa kawalan. Masing2 hebat menunjukkan kepakaran bidang masing2. Geologi, ukur bangunan dan sebagainya. Itu tak betul ini tak betul. Dah kena baru tak betul. Lebih kesal jika terdapat segelintir manusia yang ambil kesempatan untuk mencuri barang2 kesan daripada runtuhan tersebut. Kerajaan harus menghentikan segala bentuk perumahan orang2 kaya di lereng2 bukit untuk keseimbangan muka bumi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan syabas kepada anggota sukarela yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

2 comments:

Kakak Tiri said...

Yang kelakarnya... ramai pula yang membeli unit-unit tepi bukit... puncak bukit... al-maklum kononnya lambang kemewahan.

Sukati korang. Bila dah runtuh nak salahkan pihak berkuasa tempatan... nak saman menyaman. Whateva!

cikkai said...

hai hangin nampak mem aluya.. rilek2... musim tengkujuh ni memang berangin je.. krrrrr.... sejukk hehe