Tuesday, December 30, 2008

ringkas

hey panas betol aku sehari 2 hari ni.. nak kata panas, hujan je. Nak kata hujan memang hujan. Aku ada bukak blog yang hina Nabi Muhammad S.A.W harituh.. memang menyirap gak la. Adoi sakit mental ke apa. Kata ulama, siapa menghina nabi memang murtad. Murtad hukum dia bunuh je. So pepehal kita terjah! Semoga kita mendapat syafaat daripada Nabi tercinta dengan menidakkan segala yang salah anggapan tentang baginda. Sesungguhnya baginda adalah maksum yakni jauh dari kekhilafan dan sentiasa di bawah jagaan Allah serta para malaikat. Say no to free-thinker yang membabi buta!

Saturday, December 27, 2008

beep beeep bateri lemah


haritu aku pernah post entry pasal karoke kat ampang park kan.. ni lagi satu aku nak post. takdela sebenarnya nak cakap aku p karok hari selasa sebelum kismas day sesaja. Almaklum dak2 ofis dapat bonos tapi aku yang berputih mata kerana tak cukup tempoh 'edah' bekerja. Kalo tak pakcik kayoo buleh buek kenduri haa. Tup tup tgh nyanyi bil sampai.. mak dato rm100 hengget 55sen.. Terkejut eden dibueknyo. Tapi kami divided by 5 so sorang bayor 20 hengget.. tapi agak mahal jugak. Aku takde pon mood nak nyanyi tat day. Tapi opis mate dah ajak layan kan je. Adhoc2 pon suara bleh tahan gak la sedapnya bila nyanyi rentak balada. Rentak lain hmm miming jela.. ahakss. Bila bab bergambar posing aku no hal nya..

By da way cuti2 krismas ni aku balik kampong di pahang. Besela anak perantauan. Sekali sekala nak hirup udara kampong best gak. Aku yang initiate utk mengadakan barbeku sort of like fam gathering. Nak2 plak anak2 sedara aku ada balik umah opah kesayangan dia ni ha.. Tapi bila anak sedara aku mai sini kompem cita ultraman 24 jam. Kalo dia tak tgk astro kat ruang tamu dia p bilik layan kat bilik. So sebagai pakcik yang sempoi aku rilek je. K lah, aku guna dial up je ni kat umah. Malas nak pasang broadband sebab hanya parent aku je ada kat umah ni time kerja. Seme kerja jauh2. So selamat bercuti =)

Wednesday, December 24, 2008

jgn ketawa


Pesan orang2 tua jgn disimbah lagi api dgn petrol. Hek elehh, budak kecik pon tau tak payah tunggu orang tua cakap.. Aparaaaa. pesen aku ni tak suka orang tegur aku setiap perubahan yang berlaku pada diri aku. Macam sesetengah orang yang suka tayang2 tunjuk2 kehadiran benda baru seme. Kalo boleh biar aku je yang tahu apa yang berlaku. Blushing face? kalau orang kenenkan aku dgn sumone yang aku suka compem malu2 anjing la. So wats da big deal? i earned own my pocket money so shud deserve it la kan. Sebab aku bukan jenis menunjuk so aku buat dono jela. Let the people notice themselves. Sehari dua hari ni rasa semacam. Semacam macam-macam aznil. Erk~ kepala berputar ligat dipaksinya sendiri. Beruntunglah mereka yang mempunyai kepala. Kalo takde kepala jawabnya hantu raya. heh~ scary

Monday, December 22, 2008

err no ngomen

stupid clown!

Pepehal aku nak ucapkan selamat pengantin baru pada artis yang baru kawin sabtu lepas. Hanya satu stesen tv je yang bleh buat liputan. Yang lain harem tak leh masuk.... itu kan rumah Allah. Ncik freddie fernandez dgn bestnya kata owh tu utk stesen tv ni sahaja. Lepas pc kang baru stesen tv lain bleh mingle. hmmmm macam kawen anak raja la plok. Best lagi kawen ashraf sinclair dgn bunga! Entahla no komen. Susah gak jadi artis yang fofular ni. Tapi memang aku tak tgk pon siaran langsung majlis pernikahan mereka sebab aku takde la fanatik kat artis tu. Pape pon malas nak laser2 dalam blog ni nanti kena cekup. Haha.


p/s: hari jumaat malam sabtu lepas aku ternampak Sasha kumpulan elite kat Tesco Ampang dan hari ahad ptg smalam aku terserempak dgn Edry kumpulan KRU kat Bangsar Village. walaawehhh... bila la orang nak terserempak dgn aku plak. haha

Friday, December 19, 2008

gigit kuku jemari


Entry ni pon aku rasa dah post! Layannn je. hai terbakarnya la aku. Member aku depan meja ni nak beli honda city modulo yang baru di launched semalam. hai hai hai. Mampu kah aku tahan godaan ini. Adoi tak sanggggup. Tapi kalo dia beli kompem aku naik jejalan gak.. Haha.. Tapi tak sama dengan ada kereta itu sendiri taw. Alahai omak. Aku nak beli! Apa ko ingat seposen dua posen? 84K-89K tau. Haha. Silap hari bulan ko kawen je dgn kete tuh. Tinggal tidur masak mandi dalam kete tuh. Tapi mak, kalo saya takda aset lagi, saya belanja duit saya ke shopping complex je! Ahhh, takde2. Simpan duit tu buat pegi haji. Sob sob. Kalo kawen ada yang kawen lari, ada gak yang aku beli lari (beli kete). Ai yai yai yai yai.. Gigit jari le komeee.

Thursday, December 18, 2008

morning crew ~

ean and jayjay

rasanya macam terlambat aku nak cita tapi lantak p laa.. Ni feberet radio channel aku hitz.fm morning crew no longer jayjay and rudy. Tapi skang jayjay and ean. Im listening to da channel when da first day ean on air for morning crew is really unusual though. Lama kelamaan biasa la tuh. Still lawak bengong tatap ada pagi2 buta buat aku ketawa tatkala membuat kerja. Aku pon dah lama tak hapdet ini blog kerana baru semalam aku berjaya menyiapkan satu change request dari client. However sebelum balik smalam dapat lagi task baru.. heeee 'sukanya' aku..takde nak rehat2 pon. haha. By day way aku dah dapat kelulusan utk cuti jumaat depann .. yeahuuuu tak kena standby.. Cool! So kesimpulannya teruskan mendengar radio english no satu di malaysia. Fly.fm pon boleh la...


boo-dark ini pernah bercita2 menjadi DJ omputih dolu-dolu sebab byk cakap

Monday, December 15, 2008

keputusannya ialah....!!


gambar pertama menunjukkan beberapa bijik kete yang berconvoi utk main paintball sabtu lepas. Kami tgh tunggu ketibaan yang amat berhormat lewat bangun tido, tersesat dan sebagainya. Memang best duk tepi jalan. Haha.


Pada mula nya pihak musuh cakap kumpulan aku Ayam sempena nama kumpulan A. Tapi jgn pandang ku sebelah mata kata Kak Anita Sarawak. Kumpulan kami berjaya mendapat tempat ke 2 tau dari 4. Semenya first timer lagik..baru berjinak2.



Selepas main di kandang too fast too furious.. Pihak marshall cakap ada lebey kureng 2000 bullets lagi. So kami bercadang utk main ala2 kamikaze di ladang kelapa sawit. Kali ni lebih best kerana junior lawan senior. Dan keputusannya.....

Perlawanan memihak kepada kumpulan junior dan kumpulan senior terpaksa mengangkat barang2 paintball pulang ke tempat asal.. Yeahhuuuuuu!!!!!

Memang best pada hari tu.. ZzzZZzz.. lebam seme ada..

Friday, December 12, 2008

wanna shooot me? dream on



Go go Capture the Flag!!


Gosh, tomolow morning i got a paintball game for the 1st time ever in my life. This game is organized by my section. Spoooky man its like wanna go for the World War. However, i must play like a pro without discriminate whether u r MY BOSS or my peeeers. Hahah! Ini yang kami mahu kan.. Redeem of the revenge. Grrrrrrrr. Lets bring in onnnn uuuu suckerr!!!

Venue: Exy Plus Paintball, Putrajaya
Date: 13rd Dec 2008
Time: 7.45 am (Briefing), 8.00 am (Game Start)
Fees: RM 75+Lunch.

Majulah Sukan utk Kesihatan.. ZzzZZzzz!!!~ Ada game baru nak bersukan.. lousy!

Thursday, December 11, 2008

get well soon arghhh!!!

bunga convocation dah kering...




I would rather have one rose and a kind word from a friend while I'm here than a whole truckload when I'm gone . THESE ARE FOR YOU !!! Happiness keeps You Sweet, Trials keep You Strong, Sorrows keep You Human, Failures keep You Humble, Success keeps You Glowing, But Only the Goddess keeps You Going! Ambikla bunga rose tu simpan kat umah. Saya kureng sihat hari ni selsema soh seh soh seh... hua waaaaaaaaaa haa chommmm... sejukk

Tuesday, December 9, 2008

jadi2 la tuhh~

hiasan semata


tatkala kawasan di pantai timur dilanda musim tengkujuh, namun Selangor juga kena tempiasnya. Insiden tanah runtuh di bukit antarabangsa telah memberi amaran kepada kita bahawa dunia semakin tua. Sama seperti manusia. Tidak mampu utk menahan beban yang besar dan kerakusan manusia yang asyik menarah bukit untuk pembangunan tanpa mengambil tahu kesan dan akibat jika tanpa kawalan. Masing2 hebat menunjukkan kepakaran bidang masing2. Geologi, ukur bangunan dan sebagainya. Itu tak betul ini tak betul. Dah kena baru tak betul. Lebih kesal jika terdapat segelintir manusia yang ambil kesempatan untuk mencuri barang2 kesan daripada runtuhan tersebut. Kerajaan harus menghentikan segala bentuk perumahan orang2 kaya di lereng2 bukit untuk keseimbangan muka bumi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan syabas kepada anggota sukarela yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

Saturday, December 6, 2008

fenin fenat fengsan......

wat daaa heck..!!! gosh its been a while im not updating my blog. Hari ni aku berada jauh dari bandar Kuala Lumpo kerana bercuti raya korban. Smalam time nak g keje aku dah pakai jeans sebab after ofis hour nak balik pahang. Time tu gak boss aku mesej cakap ada meeting pagi jumaat. Aku pon bukak suar jeans sarung suar slack. Adoii.. Dah la meeting kul 8 a.m. Actually pagi2 lagi aku nak tolong dak2 nih buat persiapan utk farewell party. Adoiyai.. Meeting drag sampai kul 10 pagi. Itu pon tak habis lagi coz orang SAP nak guna bilik tu nak buat meeting. Meeting sket punya tak paham. Tapi paham tak paham aku gak kena develop that report. Adoi. Projek before hampir2 nak siap dahhh datang projek baru. Minggu depan dah nak stat guna projek lama so compem2 aku tak leh cuti. Itu pon smalam aku terus balik dalam kul 5.30pm walopon ofis abis kul 5.00pm. Bulan 12 dah berkuat kuasa balik kul 5.15pm. Tapi as people yang bekerja di ICT doesnt matter wat time balik yang penting projek siap. Selamber badak aku update blog aku tapi wordpress unit aku tak update. Sucks!!


By da way thanks to frends yang voice out at my gebang sakan port!! aku takleh nak reply kat situ time ofis hour cuz seperti aku mention dalam entry aku sebelum ni team security company aku buat perangai kejadah apa ntah blog seme menda.. Konon nak suh pekerja focus je. Ntah2 diorang disable tat function utk team diorang je... ini tak adil yang berhormat.!! haha.. chow chin cauuu.

Selamat Hari Raya Aidil Adha =)

Wednesday, December 3, 2008

wat in da world!

click to enlarge the size. Its funny dudee!!


keluarga Obama beramai2 pindah ke Amerika. Haha.. adoi tensen aku semenjak 2 , 3 hari ni. Team security memang siot ah. Seme menda dia dah block! sampai aku punya shoutbox kat sebelah ni pon takleh nak display. Gila gila punya policy and penguatkuasaan. Tak kuasaaaa uuu. Senior kat sini macam tak pueh hati je nak surf internet nak search coding ABAP tak dapet. Nak donload lagu apatah lagi. Adoi sedeynya. Hilang dah seri bermain internet. By da way, congrats to me myself and frends yang telah menjadi alumni Uitm dengan rasminya sabtu lepas. Such a wonderful time being there together gether at one time. Thanks to mereka yang datang utk memberi sokongan. InsyaAllah next convo korang aku dtg plak kalau tiada aral menegak. Adiosss!

Tuesday, December 2, 2008

r u a silent reader.......?


Are there more silent readers out there? How often do you post a comment after a blog? Do you feel an obligation to leave a comment or do nothing upon it. Haha, im not angry or sad bout that however a bit frustrated becoz i dont know how to give a compliment for those who have read my entries so far. Im hoping tat u can acknowlegde me in order to let me know ur existing. Its not tat hard rite? Thanks to all my silent readers. poyo jekkk!!