Thursday, April 30, 2009

"work" in the eyes of engineers


One day, a guy from an engineering background came to me and started telling me, “You system analysts are not doing any work!”. I asked him furiously, “Why? What makes you think you engineers are really doing your work?” He answered, “Because…

W = F x s W = work, F = force, s = displacement

From 8am to 5.15pm you just sit on your chair, in front of your computer while doing programming, no force and no displacement. Therefore, you’re doing NO WORK at all!!”

Seriously, are we really not doing our work or is this law of physics a piece of crap? Maybe, in future we should think twice before letting any engineers come and visit us in ICT office. They might say that we have excessive employees and you know what will happen next.

That’s all. Sorry about this ridiculous jokes. Just something to refresh our mind with physics. Hehe!!

Wednesday, April 29, 2009

sad things


to my dearest dear,

if u read this text, hoping tat u will sms me sooner,
almost 5 days i didnt received any updet from u,
just a gentle request.
kuch kuch hota hai... =p

Tuesday, April 28, 2009

basah lencun


Aku slalu tgk bebudak zaman sekarang amik gambo sendiri dalam tandas ke, fitting room ke, mana2 jelah. Aku pon cuba la posing lepas basah lencun berlari2 anak dekat gym bawah ni ha. Seronok betul keluarkan toksin, peluh dari badan. Kalo dah stat, memang susah nak benti aku ni bab2 fitness. Tapi yang paling best, bila malam je rasa cepat nak masuk tido. Almaklum kepenatan, darah seme lancar berjalan. Apa lagi ditunggu! ZzzzzzzZzzzzz............

Monday, April 27, 2009

haunted room

Aku rasa berpeluh2 aku tido malam tadi. Tak tahu napa. Rasanya kipas memang dah dekat ngan kapla aku. Aku slalu terpk menda bukan2 pasal bilik kawan aku tuh. Lampu dia terbukak sejak hari jumaat tu tak tutup2. Errr, itu la pasal kalo duduk serumah tapi macam tak duduk serumah. Time aku g keje ko balik, time aku balik ko g keje. Once in a blue moon je jumpa. Adakah aku patut buat sesi terjah atau............. tunggu abang Nas Ahmad datang dulu. Hanya aku berdua je kat rumah tu. Haish, think positif!

Thursday, April 23, 2009

serrrrrrrrrrrabaii

the hell is what?

"Dear Khai,
Are you not working on any of the CMS?"

Fyi, CMS is stands for Customer Management System. Whatever complaint made by the users, it will go via the system. Hence, system analyst has to look/work into it. Ada ke patut orang yang jaga menda ni cakap aku tak buat. Pastu terus je aku dapat satu CMS. Manager aku kasi. Shes said, what to do? tell me want CODOOOOOoooo.. Adoiyai.. malas nak membebel. Rasa dah besar panjang tapi triple 'B'.. Fyi jugak, mamat ni yang ada kaitan dgn cerita di bawah... !! Sekian dimaklumkan.

Wednesday, April 22, 2009

perempuan triple dot

Zaman old skol telah berlalu. Zaman millenium sedang berlaku. Dramasutra rancak dipertontonkan di wayang ofis aku. Sesetengah orang mula meluat tgk mereka asyik berkepit mengalahkan pengepit ampaian rumah aku. Bukan diorng tak tahu rakyat sekeliling mengumpat sini sana. Malah mereka rasa bangga dengan aksi pegang tangan dan berdua-duaan di hujung minggu. Kalo cerita itu berakhir dengan tali ikatan perkahwinan dikira jodoh. Kalo berakhir dgn angan pelamin ku musnah, ku gelakkan saja. Si perempuan memang sebijik macam cita Seniman Bujang Lapok. Kata sudin, "si Ramlee ni kalo jumpa perempuan, eheh eheh eheh, macam ulat beluncass daaaa". Si lelaki plak, bak kata orang sekarang 'lelaki jongos'. Suka berkepit ngan perempuan cantik sket. Eh, c'mon laaa itu zaman dulu je. Cantik tu bonus, yang penting bukan pisau cukur ok. I tak suka.. haha. Kesimpulannya, janganlah bercinta antara bos dgn anak buah. Nak bercinta pon di luar pawagam la. Tak pandai langsung nak kaber. Pigiiiiiii dahhhh!

Tuesday, April 21, 2009

snooker table

cantiknya kaki meja tuh! seksi

I have a new hobby. My new hobby that i have is playing snooker. Aku tak tahu sewonoknya main snooker bila tension. Dulu zaman university slalu jugak tgk/teman member aku main snooker tapi aku tak berminat. Kepulan asap rokok meruap2 di dalam bilik aircond melemaskan aku. Maybe persekitaran yang tak sihat menyebabkan aku tak minat utk main. Tapi kat ofis aku ni takde la diorng main sambil isap rokok. Snooker tu kalo diorang keje sampai tgh lewat malam diorg main gakla. Best gak! So kesimpulannya sentiasa la improvise tahap kesukanan anda. Sekian dimaklumkan

Sunday, April 19, 2009

triumph


Praying for the best for my family and also my DEAR's family

(^o^)


Friday, April 17, 2009

BI Tools which Foools

Its been almost 4 up to 5 Business Intelligence presentations from various IT based companies such as Oracle, SAP, SAS and Microsoft tat i need to attend thru out this month. Its quite confusing to me at first becoz im personally unprepared in terms of Enterprise Architecture existing in my company, what sort of platform do my division used etc etc. However, these presentations do help me alot in exposing me to the new technologies beside SAP whatsoever. Kira tak syok sendiri dgn product yang ada.. however, as compared to the other industries, everybody always claims that his/her product can do everything when the user try to twist the questions. Having said that their product is fulfill all the needs which users require so, but as i said this is business. You dont have the chance to say NO which potray your product's pitfalls! So this is the thing that makes me to be so relevant and have the sense of not fully trusted at all. So which is the best? Interfaces memang lawa, tapi tgk lebih mendalam. Macam manusia gakla... Jgn pandang pada rupa paras, pandang pada hati dan perasaan.

Wednesday, April 15, 2009

types of leave


For tatapan umum, these are my leave balance and fyi i havent take any leave yet since January 2009 untill now. So wats da big deal? Nothing to post so thats da thing.. haha (6.6)

Tuesday, April 14, 2009

nostalgic

mencari kedamaian yang hilang



smalam aku menceroboh masuk bilik kawan aku yang dah kawin tuh! i know him since primary school. By da way, dia tak duk situ dah coz dia dah duk umah lain. Cuma adala sekali sekala dia datang kalo ada meeting kat KL ni. So dia akan stay beberapa hari jela kat umah tuh. Apa yang aku nak cita kat sini betapa pantasnya masa berlalu. Aku tgk album time skolah menengah dia. Very da ceria, good looking dan dia memang terkenal dgn kenakalan masa sekolah menengah dulu. Actually aku sempat bersekolah dgn sekolah yang sama dgn dia about sebulan je. Then aku dpt offer pergi boarding school which is my parents' wishes. So bila aku tgk gambar lama macam2 perasaan ada. Nostalgic betul. Skang dah kawen pon mamat tuh. Tetiba rasa nak tgk gambar2 aku time skolah2 dulu. Memang seronok. Kekadang sampai aku terpk mcm nak kembali ke zaman dolu2 dan menikmati setiap saat kenangan tersebut. Haishh..

Monday, April 13, 2009

epal merah

'an apple a day make sick people away'


betul ke ayat tuh? ingat2 lupa sebab zaman skolah lagi. Kesihatan perlu dijaga sepanjang masa supaya kita lebih kelihatan muda bergaya. So utk mendapatkan kesihatan yang mapan, kenala berpeluh. Kalau ada duit lebih, invest sedikit duit. Kalau tak, pergi je mana2 pusat2 kesihatan. Tetiba aku lately addicted dgn aktiviti yang mengeluarkan peluh. Tapi kalo nak suh aku membajak tetiap hari erk, tak sanggup gamaknya. Anyway, by certain period of time u shud achieve sumtime towards ur healthy life style. Ingatla orang yang tersayang. Sekian dimaklumkan.

Thursday, April 9, 2009

review of Shinjuku



Smalam pegi sunway lagi. Rasa nak termuntah plak pegi sunway byk2 kali. Dahle ada satu traffic lite tu cepat sngt warna ijau dia. Sebab tu jalan jam. Bengong! Tiket wayang smalam kul 9 cita shinjuku. Sebelom tu pekena A&W dulu. Dah lama tak makan A&W. Dak2 ofis mate aku bersoloroh tanya cita shinjuku ni cita Jackie Chan berlawan2 ke? Pastu kawan aku jawab, pernah ke cita Jackie Chan yang takde lawan2? Cita Jackie Chan macam twilight ke, cita tangkap leleh ke etc. Sekali masuk2 wayang lebih kurang setengah jam camtu, nahaiiiiii! memang ye cita Jackie Chan yang takde lawan2. Dia cita pasal tahun 90-an imigran2 cina yang datang ke Jepun illegally. Pastu diorang lawan ngan Yakuza la, pastu nak kan pengaruh kawasan dll. Lepas habis je cita tu memang kawan2 aku kureng puas ati la dgn cita tuh. Kureng menyengat sebab expect Jackie Chan berlawan2. So beberapa kesimpulan kami buat kat sini:

1. Belajarla bahasa Jepun utk memahami budaya diorang
2. Bayarla hutang jangan tangguh2
3. Jual kacang kalau taknak tangan kena potong

dan ada beberapa lagi aku tak hengat yang memang lawak gak la. So kalo nak tahu the reason y we come out with those conclusions, sila2 lah tgk cita Shinjuku. Tapi aku suka tgk bila jepon cakap bahasa jepon, cina ikut cakap bahasa cina (mandarin/kantonis dll). Do no y!

Wednesday, April 8, 2009

blog with the spiderwebs

Kalo korang perasaan aku dah exclude some of da bloggers' link from aku punya blogger list. Alasan, ada yang wujud ada yang dah tak wujud. Mostly semenya kawan2 aku. Tapi ikut sekati diorg la nak activate balik atau tak. Kalo dah activate shout je kat box tu. Aku ni malas simpan menda2 yang tak active ni. Kasi sawang lebih je kat blog nih.

Apa yg aku bleh katakan, dunia blog ni boleh tahan la bestnya. Dapat kawan baru, dapat idea baru dan tempat alternatif utk ko 'melepas'. Haha, melepas perasaan. Ni tak, bukak je tenet layan youtube, bukak email, frenster, facebook etc. Cuba la create sumting yang boleh dijadikan hobby daripada melangut tak tentu pasal. Apa yang penting? KERJASAMA! Bukan kerjasama seperti geng2 wonderpet tu, tapi how u manage ur time. Ada masa update jela blog tu. Ni kalo aku usya, tahun lepas punya entry. Hm.... PM kita dah bertukar pon still tak update. keh keh.

p/s: tak sabo nak tgk Barisan Kabinet baru!

Tuesday, April 7, 2009

Sunway Megalanes (+.+)

Sabtu smalam unit aku telah mengadakan event yang mengada2 dan aku adalah organizer dia. Dah le tak punctual buat aku cuak je. Boleh plak nak request buat lagi menda2 camni. Aku dah serik dah nak organize kalo camni la perangai. heheh! Kul 12 games boling baru stat kat Sunway Megalanes yang menyaksikan grop aku menang dgn markah 4 ratus ++ bagi 2 games. Top scorer pon dari grop aku dgn markah 267 utk 2 games. Aku paling sayor dalam grup. First games markah aku cuma 94. Second games aku dapat 100 tepat. Gilos member2 aku lain seme 130 lebih.. nahaiiiii!


grop terbayekkk! tema merah berdarah

purak2 ambik bola (happy family)

Lepas main bowling, aku g makan Kenny Rogers. Sedap tak hengat! Lepas makan baru p karok. Ni lagi satu yang aku suka. Melalak sambil joget inang. Haha.

confirm karok kegilaan aku

Kesimpulannya, walo sibuk mana pon kita, solat jgn dilupakan. Okeh, sekian dimaklumkan.

Monday, April 6, 2009

Tahniah Dato' Seri Najib

Firstly, aku nak ucapkan Tahniah kepada PM Malaysia yang baru Dato' Seri Najib Tun Abd Razak dan seluruh seisi Parlimen Pekan. Aku begitu bangga dengan kerjaya hidupnya kerana beliau merupakan anak PM ke 2 dan anak jati Pekan Pahang. Kampong belah ayah aku kat Pekan Pahang so compem2 aku bangga. Jika dulu beliau selalu balik ke kawasannya, tapi kini aku berharap beliau tetap balik ke Pekan untuk meninjau perkembangan kawasannya. Pernah la time2 raya aku salam ngan dia kat red carpet. Itu pon aku teman pakcik aku. Aku pon memang minat dengan perkembangan politik semasa cuma masih kurang untuk bergiat aktif dalam politik. hehe.. Aku suka melihat corak pemerintahan semasa dan halatuju parti politik tak kira kerajaan atau pon pembangkang.


Tergelak, rasa marah bak kata orng MACAM-MACAM feelings adaaaa. Bila aku dah stat cakap pasal politik, memang berjela-jela la jawabnya entri aku nih. So nak dipendekkan cerita, kenali la PM PM anda supaya kita lebih mengenali seterusnya menyumbangkan tenaga utk kemajuan negara. Contohila semangat dan kepimpinan PM dan hindari perkara2 yang tidak baik. Sekian.

Thursday, April 2, 2009

april yang fool

april fool


Semalam april fool kan. Memang agak fool sebab network jadi slow. Agak lambat aku post entry ni gak. Satu notis telah dikeluarkan oleh Trendmicro AntiVirus berkenaan kepada satu virus bernama DOWNAD.KK yang merupakan variasi kepada virus DOWNAD. Virus tersebut dijangka akan menyerang komputer-komputer bermula pada 1 April 2009 sempena hari “April Fool”. Tapi semalam memang kepala aku rasa sengal2 sket maybe terkena badi April Fool kot. Takpun aku keje dgn badan aku yang tak recover dari selsema dan demam. Tak sabar nak hujung minggu. ~!


Wednesday, April 1, 2009

Performance Tuning


Samat pagi murid2 seme. Hari ni cekgu nak ngajar sket takpon sharing da knowledge together gether wif u ols. Korang tau tak apa tu performance tuning. Bagi mereka yang belajar atau bekerja dalam sektor pengkomputeran atau lebih tepat lagi dalam programming, sepatutnya tau apatu performance tuning. Performance tuning ialah meningkatkan tahap atau mutu sesuatu proses supaya menjadi lebih cekap, cepat dan efisyen TANPA mengubah sebarang fungsinya. Contohnya, kalo cangkul tu guna dia untuk membajak, selama2 nya fungsi dia membajak tanah. Cuma kita asah mata cangkul tu kasi tajam sket supaya idakle tak produktif menggunakannya.

So semalam cekgu memang ditugaskan utk mempercepatkan satu program ni. So inilah hasilnya:



Dari 2718 -> 2140 -> 1538. Bagi kami, utk men'declare' ianya adalah performance tuning, kecepatan hendaklah sehingga 25% dari kelajuan asal. Aishh, macam formula one plak. Lebey kureng la (tgh mood formula one). So kesimpulannya, sapa2 yang nak ajak cekgu g tgk formula one dgn tiket free, aiman tak kesah. Tapi sediakan payung sebelum hujan dan sediakan penyumbat telinga sebelum PEKAK. Sekian dimaklumkan.