Tuesday, November 18, 2008

aduhai pak kasan

entry hari ini.

pak kasan seblah rumah dok jeboh ayam jantannya hilang entah kemana. Tatkala si jefri mau melangkahkan kaki kanannya ke dalam rumah selepas kepenatan bermain bola terus pak kasan menyapa. "Jefri! Ko ada nampak ayam jantan pak kasan tak? minggu lepas ada. Minggu ni dah takda plak".

Sungguh berpandangan jauh rupanya pak kasan nih! Ada ke dia tanya minggu lepas punya cerita. "tak perasan plak! kena langgar kete kot!", selamba jefri berseloroh lalu terus masuk ke dalam rumah.

di waktu malam, si jefri makan malam seperti biasa dgn adik dan mak bapaknya. Sedang melantak, ayah jefri bertanya ,"mana kau beli ayam kampong ni jefri?." Sekilas ikan di laut, si ayah sudah tau jantan betinanya. "Tak beli pon, saya sembelih ayam kat reban tu!". Aikkkk, sejak bila reban tu ada ayam? aku baru je siapkan reban ayam tu dah ada ayam dok dalam?!! Jefri, "Gulpppp!!!".

Keesokkan pagi, akibat 'ter'sembelih ayam pak kasan, lalu jefri ke pekan mencari sesuatu. Sampai di rumah, dia terus ke rumah pak kasan. "maap ye pak kasan, ni sebagai balasan ganti rugi." Satu set combo A K ep C, dan satu set i like ke move it move it Mac D.
pak kasan menitiskan air mata kerana ada insan 'berhati mulia' seperti jefri yang sudi belanja beliau k ep c dan mac D.

keh keh keh, sian pak kasan tak tau ayamnya kena sembelih. Beliau terus bertanya orang kampong ada nampak tak ayam jantan kesayangannya itu.. Sekian, tammmat.

1 comment:

.: RuFaI :. said...

hehe...nak ketawa baca entry ni...

da lama xmsuk blog ni...smoga success2 slalu ye dik...

:)