Thursday, February 26, 2009

tobatla weii

yesterday just finished my ABAP program with flying colors. however, im not celebrate it appropiately because my head just bumps in with people who are still did not know their boundaries to respect others. i just hate to see a pervert man took his fiancee to home which he really know tat was totally wrong. Although both of you will get married just in 2 weeks time, but hey respect others. tooooooot! U change yor mind. Like a tooooot changing clothes. And you PMS, like i care.. haha ~Fcuk yorself~

p/s: this is how i express my anger thru blogging. Adoi cannot tahann..

Saturday, February 21, 2009

tamat dah kursus


pejam celik dah 7 hari tak berhapdet blog nih. Agak bersawang cuma tak nampak. 2 minggu berkursus aku manfaatkan utk bersukan dan melupakan seketika kesibukan pejabat. Berjalan2 di alamanda, dataran putrajaya etc. Kursus agak mengantuk amat berbahaya kepada mereka yang memandu dan baik utk mereka yang sukar tidor. Aku baru balik dan telah berada di rumah. Agak letih membasuh baju dan rasa cam nak demam. Maybe kerana aku pasang kuat sngt aircond bilik aku kat kursus haritu. Hidung selsema cam bese. So berehat jelah. Masa berkursus hari tuh ramai kawan2 dah stat distribute kad kawin memandangkan bulan 3 ada cuti sekolah. Thanks kepada mereka yang kasi aku kad. Cantik2 semenya. So utk fasa kedua probation aku ni dah takde dah nak jumpa kawan2 sama batch. Last sekali kami akan berjumpa masa konvo nanti. So memang ramailah. Oklah, maybe aku rasa sedikit dizzy skang nih. Tak tau nak tulis apa. Sekian..

Sunday, February 15, 2009

sunyi kebosanan


hampir stress kebosanan sorg2 di hotel tempat aku kursus ni. Hujung mg seme org balik. Mati kutu gakla. Adala sorg dua yg aku kenal so bleh jadikan tempat hu ha hu ha. Nasib baik dewan makan tu sediakan makan. Kalo tak, waaaaaaa =( petang aku main badminton kat dewan. Smalam time aku masuk, polis tu tanya, "ha ni dari mana plak nih? dah tempah dewan ke belom?". "err, saya staff ***!". "Mana buktinya?." "Tu kawan saya seme ada kat dalam tuh." "Saya tanya awak bukan kawan awak." I had no idea. "Lain kali tunjuk kad staf!". Adoiyai... Lepas tu elok je dia baik2 ngan aku. Buat aku cuak je. Berbadminton jela aku petang2. Ujung minggu kompem bangun lewat. Aircond sejuk tahap salji. Kelubung dgn tilam tebal jela. Oleh yg demikian, jgn dibiarkan diri anda sorg2. Sibukkanlah diri anda dgn perkara2 berpekdah. Sekian dimaklumkan.

Thursday, February 12, 2009

probation dua

dari kaca mata cikkai

malam2 nak je apdet blog ni tapi tak tau nak buboh apa. Aku masih lagi berkursus so nothing much happened. Ptg2 bersukan dan malam2 tgk cita kat laptop. Kursus kali ni lebih kepada input utk seorg eksekutif. Memang tajuk2 setiap sesi a lil bit dry tapi kena gak dengar. Kalo dah tahap boring gaban, aku ngan dak2 meja aku main BINGO tak pon main sambung2 cita. wallawehhhh.. Seorang eksekutip tu... leh main2 lagi. haha, nantila engkau bila ada subordinate baru cuak! Well, just to inform u all aku skang dah berada di fasa kedua under my probation period. So aku diletakkan di bawah stesyen dan bukan lagi Human Resource Development Dept. Pape jelah. Yang penting aku tak sabau nak habis probation. Habis probation InsyaAllah gaji pun sedap lagi dan lagi.. tu je.. pepehal aku bersyukur kerana company aku boleh bertahan walapon dunia dilanda krisis ekonomi. So bersyukurlah!

Monday, February 9, 2009

wayang kali ini

main cut and paste je

best gak cita Underworld: the rise of lycan (kebangkitan puak Lycan). tapi skejap je lebey kureng 1 jam 30 minit camtu.. tak puass. tapi aku dah awal2 nak pinjam cd underworld 1 and 2 kat kawan aku. Nak tgk kesinambungan cerita. Sebab yang kat wayang skang ni sort of like prequel kot tak pon flashback bagaimana vampire bermusuh ngan warewolf. Lepas g wayang terus aku balik tapi lepak kat kedai minum2 ngan kawan baik aku. haha.. gossiping pasal ofice dan sebagainya. Reliefff beb.. (haha, bab kutuk no satu). by da way skang aku sedang berkursus selama 2 minggu so aku nak lupakan sekejap hiruk pikuk bandar KL dan ofis aku. Duduk dalam bilik, pasang aircond, bukak lappy tgk cita ugly betty.. pastu tidoooo..

p/s: nak p alamanda layan cita GENG upin ipin.. (sokonglah wayang kita!)

Saturday, February 7, 2009

kursus membosyankan

me with da " I LOVE MALAYSIA" t-shirt

gambar ni masa aku reunion skolah sebelom raya cina 2009 lepas. lupakan pasal gambar itu meh aku nak ckp pasal menatang lain plak. ai yai yai next week aku berkursus seploh hari kat bangi. So kena settle kan pending task before attending da course. Agak kacau bilau coz kena call user here and there. But i manage to settle it though. Sampai aku ajak member aku main squash pon tak kesampaian. Kesian.. so aku main ping pong jela.. Dari tak reti main, dah jadi pandai. Ujung mg aku tak balik walaupon senin ni cuti thaipusam. Coz, senin ni aku kena check in kul 3 pm. So lepak jela kat KL nih. Busyann. Actually tak busan kalo byk duit. Boleh berjalan2. Walaupape pon, aku rasa mcm nak berjalan2 di Mid Valley. Sapa2 nak join meh la.. hehe c yaa!


Wednesday, February 4, 2009

pakcik drebar bus

bus kuning

tetiba sehari dua ni rasa bosan plak sebab tak mesej ngan yang tersayang. Beliau pergi bercuti ke German kalo tak silap. Lepas balik dia janji nak call. Wait n see jelah. Itulah aku, bila ada buat2 tak nampak. Bila dah takde baru kempunan. Aku nak membebel sorang2 pon rasa takde mood. Haha. Tapi takpe, meh aku bercerita. Masa aku sekolah rendah dulu, ayah aku akan hantar aku ke sekolah. Either ayah or mak aku. Tapi kekadang time balik besela masing2 ada hal aku akan hilang punca nak balik ngan sapa. So aku memberanikan diri naik bus sekolah yang warna kuning tuh. Actually bus tu utk mereka yang telah membayar sewa tetiap bulan. Tapi ntah cemana aku pakai naik je. Dalam perjalanan aku berdebar2 bila nak cakap kat pakcik pemandu supaya berhenti kat depan umah aku. Almaklum muka baru la katakan. Bila dah nak sampai aku pon berdiri kat depan pintu konon2 pakcik tu tahu umah aku. Pakcik tu pon terus je bawak sebab dia pon tak tahu aku nak benti mana. Then aku jerit, "pakcik, benti umah saya dah terlepas!". Aku seluk kocek suar kekonon nak bayar la tambang bas. Yang ado dalam poket aku hanyalah 5 posen. Niat dah ada cuma tak layak lagi nak bayar. Haha. Pakcik tu pon cakap, takpelah. Aku pon cakap, "terima kasih pakcik!". Kepada pakcik tersebut, terima kasih aku ucapkan. Ntah ada lagi ke idak pakcik tuh. Pepehal pon itu berlaku aku darjah 3 atau 4 camtu. Darjah 5 dan 6 aku dah naik beskal. Pengawas la katakan kena dtg awal. Takleh harapkan mak ayah dah. At last, basikal aku tu terperok je kat blakang rumah. Masih cantik cuma takde sapa nak guna. Aduhai..........


Tuesday, February 3, 2009

lunch di bangsar

hai, mere name Shebby hei

sabtu lepas time lunch ngan ofismate di bangsar aku terjumpa shebby pengulas sukan tu tgh makan kat 'restoran' yang sama ngan kitorng makan. Restoran tu agak hiruk pikuk tapi aku layan je sebab senior yang ajak makan kat situ. Akibatnya aku sakit perut kerana tak biasa makan kari yang di masak oleh mamak takpon memang orang india. Ayam dia ok cuma kari dia kureng..... Cara pelayan restoran tu kerja adoiyai aku tak leh blah.. Bising satu hal pastu main tangkap muat je. Ko tau jela kalo kat kedai mamak camne. Ni 2 kali kedai mamak. Haha.. Dan aku bersyukur kerana memang takde tikus besar yang lalu kat bawah tgh2 aku makan.. Ewwwy meremang segala bulu kalo tikus besar tu lalu bawah. Sorry its not my type utk makan bersama tikus2 besar. Ini bukan tikus makmal tapi tikus mondokkkkk kot. scuks!!