Wednesday, February 27, 2008

back pain :x

Ouchhhhhh!!!!

sesengal sengal kawan ku yang mengaku dirinya MISS CONGENIALITY, sengal lagi badanku ini. Bermain bola tampar bagai sudah kompem boleh menang tetapi kalah jua peringkat antara kumpulan. Hari isnin ku gagahkan diriku utk ke kelas, rupa2nya tido di siang hari (lepas suboh) dek mengantok dan badan yang sengal amat, ku layan jua tidor ku itu. Sebenarnya, malam semalam tidurku tidak nyenyak seperti hari2 biasa. Perutku memulas ingin meluahkan isi di dalam tapi tiada apa yang ingin diluahkan. Tekak ku haus kerna badanku hangat semacam tidaklah sehangat terik mentari tetapi lebih persis hangat taik ayam (walopon ku tidak pernah merasainya bare-hand).

Hari ini sudah masuk hari ketiga dan aku hampir pulih dari serangan sengkenit yang hampeh itu. Ku cuba utk berjalan2 utk melakukan proses respirasi tetapi tidaklah sehingga ke Kuala Lumpur. Sekadar naik jamban turun jamban sahaja... Kira2nya aku kembali sehat. Makan pon sudah selera. Kalo dulunya aku memang pantang. Cukup pantang!!! Tapi kali ini aku cukup pantang kalo nampak makanan.. Sungguh enak dimakan begitu saja. Ah longkang sebelah rumahku bising bak memanggil anak kera di hutan, disuruh anaknya pulang kerna hari lewat malam... Khuatir tidak nampak anaknya di malam hari. Maklum sajalah, GELAP GULITA. Aku hampir terlupa hendak bertanya ada tips tak bagaimana utk menggelapkan kulit. Tapi, takpelah.. Biar gelap secara semulajadi kan lebih baik.

to be bersambung

No comments: