Friday, August 28, 2009

terlajak perahu leh undur, terlajak tidoo?

selepas

sebelum


Smalam senior beria-ria ajak berbuka kat nandos. Send invitation tru email. Dalam pukul 5.00pm aku reply to the email. "Nandos punya tempat sudah tempahkah?". Then i Manager aku reply, i never book anything and i just suggest to u guys only. Full stop! waaaaaaaaa, nasib aku yang initiate tanya dah tempah ke belom. Kalo tak, bau jela nandos tu tak pon pergi param kat bangsar ramai2 then bersila kat mana2 makan. Dalam kul 6ptg baru diorg pergi book meja. Memang kita tak expect kan tapi penuh gakla petang smalam. So time berbuka kitorg pon makan sambil hu ha hu ha berborak bergelak. Suddenly one of my senior tak dtg2. Makanan dah siap order via sms tuh. Tepon punya tepon tak angkat2 suspect terlajak tdo. Apa lagi memang jadi bahan gelak la. Dalam kul 8.20pm kitorg dah siap nak tapau makanan dia suddenly dia call ckp on da way. Terbaekkk.. kitorg solat dulu then pergi balik kat nandos. Gelak2 memang lawak sebab dia sebelum pegi dia ada shout, unit aku wajib dtg tapi dia yang lambat datang. Memang wajib dtg tapi hareemmm lambat. So borak2 until 10.30pm baru balik. Fiuh~ aku balik terus basuh baju2 keje coz this weekend aku balik kampong. Sempena bulan kemerdekaan ni just wanna wish Happy Merdeka day to all malaysian. One unity one malaysia!




Wednesday, August 26, 2009

bersahur ghoti

bila mau benti bercakap daaa

Bang bangunnnnn sahurr! Tapi kita makan roti je hari ni sebab gas abis. Bila aku dengar je takde lauk nak dimakan, aku sambung balik tdo. kroih kroih! Tetiba rasa lapar, aku bangun balik. Roti pon roti la. Nah aku bagi 10hengget esok pagi korang pandai2 beli gas. Borak punya borak sampai kul 6.40a.m terus aku mandi siap2 nak g keje. Slalunya lepas sahur aku tido lagi. Haha~ Tapi dengar diorg bercerita hari kedua diorg bekerja kat wayang mid valley, aku tak jadi tdo. Macam2 diorg bercerita. Pendek kata kalo aku jadi org seblah umah mau hangin gakla bebudak ni tak gheti2 nak tdo ke. Balik kul 3 pagi terus sampai ke sahur. Kul 7 pagi baru tido. Haih~ Aku jugak yang lebam nak layan diorg.

Tuesday, August 25, 2009

Asimoo si pelayan

Bestnya kalo ada makhluk ni kat ofis aku. Asimoooooo! Teh tarik satu kurang pedas takmo bawang + mee goreng takmo mee takmo pinggan. Kalo dia salah leh tendang je. Tapi kalo tetiba robot jadi cerdik pandai cam manusia betul gamaknya staff kat sini semenya ghoobot.

kak, ni air kacip patimah siap..

nak cas bateri jap..tetiba je rasa lembik lutut

silakan, jalan ke jamban ada kat depan


kena cas setiap 2 minit berdiri katanya




Monday, August 24, 2009

Hari ke 2 berpuasa

tido je koje bulan2 pose ni ye


Fuhhh...!! nak kasi tiup blog ni jap sebab rasa macam berhabuk sket. Almaklum bulan2 puasa ni blog pon kena bersih kan. Cuti 2 hari semalam memang best! Sebabnya rumah aku riuh rendah dengan penghuni baru yang gila2 sporting dan kaki sembang. Hari sabtu aku ajak diorg berbuka kat ruang tamu kasi sembang rapat sket. Sembang2 tetiba brader tu ckp esok kita masak nak? Sebab beli kat bazar makan tak puas. Tapi memang betulla. Masuk je hari kedua aku rasa dah bosan nak g bazar ramadan. Bebudak tu kemas dapur memang bersih gila sebab senang nak masak katanya. Aku pon kuar beli lauk+kuih sket dan makan sama2. Memang best terasa mcm zaman blaja dolu2. Sahur tadi siap kejut aku lagi suh makan. Aku memang dah dengar tung tang tung tang kat dapur kul 4.30am. Kul 5am aku bangun untuk merasa nasi goreng yang dia masak. Walopon bese2 tapi seronok ar seme bangun makan. Haha.. Barula terasa tak bosan puasa kali ni. Mula2 ramadan aku memang terasa nak balik sebab ntah rasa sunyi puasa sorang. Tapi kalo nak masak pon hujung2 minggu sebab diorg keje kul 5pm sampai 2am. So lu pk la sendirik. Wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Happy blessed Ramadan al-Mubarak




Sebenarnya aku dah byk berdosa pada Allah yang Maha Esa (wahh ayat declaration gitu). Aku dpt merasakan Allah itu mengurniakan aku selsema dan batuk (bukan AH1N1) untuk memberi peringatan kepadaku bahwasanya bulan Ramadan akan menjelang beberapa hari saja lagi. So, sebelum aku menerjah bulan Ramadan maka Allah itu 'bersihkan' aku dengan cara aku minta ampun byk2 mintak sihat kan tubuh badan supaya dpt beribadat dengan tenangnya sepanjang bulan Ramadan nanti. Kalo demam, selsema, batuk etc nescaya rasa rimas sket sebab nak berpuasa sebab rasa macam uzur sngt dah. Opss.! Oleh itu, sempena bulan Ramadan yang bakal tiba esok lusa hari, saya menyoson 10 jari jemari ku itiew memohon ampun dan maaf kepada semua from top to toe. Semoga kita semua dpt meningkatkan amal ibadat di bulan puasa ini. Amin ya Rahman ya Rahim..

Monday, August 17, 2009

....>----[==]>

muka anak dia tu ikhlas ke tak? haha

Harus ke aku ucap tahniah? Org tua2 kata tak molek kawen nak dekat2 puasa. Almaklum seme menda nak kena 'puasa'. Malas nak komen panjang2 nanti kena saman, samun dan sebagainya.

Friday, August 14, 2009

Jang O Jang



The story starts with the futsal friendly match between my unit and vendor. Me and my ofismate bersama2 turun melihat perlawanan persahabatan futsal antara unit dan vendor di One Utama Damansara. Kira tunjuk muka pon dah ok watttt. Kerana aku kaki bangku so aku tak akan main. If kena jadi goal keeper pon pk 2 kali. Tgh tgk member main dalam 'cage' mcm terdengar suara user aku. Dah... borak2, gelak2 kat situ plak sambil melihat jalan raya dari pandangan atas macam couple. Walopon dah habis ofis hour nak tak nak terborak gak pasal ofis. Ada nama ke bagi penyakit yang asyik ingat pasal ofis? Tak lain dan tak bukan ialah Workaholic. No worries esok pagi kita akan jumpa kat menara coz we have a meeting at 10 a.m. Demmmm, aku ada meeting lain. Ahh pandai2 la. By da way I manager aku macam rushing after the game is over cuz she had to go to the hospital looking after her father. Pneumonia. Then, aku dengan selamber blah cam tu je dari crowd futsal cuz aku ada wayang kul 9.00pm.

Walopon dalam wayang, handpon tak benti2 dihujani mesej dan calling. Ahh lantak p. Seperti biasa bila dah tgk muvie kena la review sket. Cita Jang O Jang ni penuh dengan aksi setiap saat dan sessuai kepada mereka yang suka akan aksi2 dan teknik2 CGI terbayekkk punya. Futuristik into the future cybertron habis. Jalan cita dah cliche cuma effect dia memang menarik. Seperti biasa aku akan ckp kat kawan aku, teknologi nano akan memusnahkan alam semesta kalo tak digunakan dgn betul. Nak kejar penjahat 2 ekor, tapi satu bandar musnah. Dia ada satu nama yang dipanggil utilitarianisme kot. Biar mati segilintir asal dpt menyelamatkan satu dunia.

p/s: Takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri

Thursday, August 13, 2009

claimsz

dey tambiii, itu pon mau kecoh kaa.....


Perbualan sengal antara Aku dan Nur Iman(bukan nama sebenar merangkap ofismate Aku):


Nur Iman (10:49:28): ko segan x kalo nak naik atas semata2 nak tuntut claim berharga rm2700?
Aku (10:49:43): gila byk
Nur Iman (10:49:50): hmm..kalo rm270 ko segan x?
Aku (10:49:56): gila byk
Aku (10:50:03): kalo rm27 segan tak
Aku (10:50:05): gila byk
Aku (10:50:13): kalo rm2.70 segan tak
Nur Iman (10:50:29): tu la..sbnrye claim aku 27inggit je
Aku (10:50:42): ceh.. ingat 2 riban
Aku (10:50:47): amik jela
Nur Iman (10:50:49): nak naik ke x ek?
Aku (10:50:57): boleh belik cekodok
Aku (10:53:33): 27 hengget lepas mas kawin kat pahang pe
Nur Iman (10:53:39): haha
Nur Iman (10:53:44): terpksa la amek cmtu
Aku (10:53:51): haha.. terbaekk

Perbualan tamat tanpa sebarang perkara buruk berlaku. Haha


Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

kekalahan dirahsiakan




Minggu lepas one of my senior ajak main futsal kat PJ. Aku pon ckpla aku kaki bangku to be franked la kan. This week aku baru la tau result diorg berapa sebenarnya. As usual aku dpt menjangkakan kekalahan yang teruk dibelasah oleh pihak lawan. Ofis aku ni bila ada tournament terus je main belasah. Sebb tu dapat result pon kena dibelasah. Kesimpulannya, aku rasa permainan ping pong je kot tak kena belasah sebab kat level ni ada meja ping pong so buleh dikatakan tiap2 hari bermain. Macam kes aku dulu, wakil badminton ofis ni, dapatla tempat ke 3 dari 3 pasukan. Haha, kira dpt gakla medal. So moral of da story, aku memang takkan masuk tournament yg aku sendiri dapat menghidu bau2 kekalahan yang teruk amat. Sebab? aku tak mau jadi subject utk diperkotak katik kan kelak. Haha. Sebab apa kumpulan kalah? Sebab aku. So lu pk la sendirik.

Friday, August 7, 2009

Berjaga2


Getting flu after attending 5 days course sumwhere in KL. It really makes me headache. The training room was so small. During the learning season, the door was completely closed and the air circulation wasnt so well-ventilated. Im about to say, "can we just wrap up this class fairly quickly?" but im not vocal enuf to say that. However, the course really makes me so freee w/o bothering the hectic circumstances of the ofis. But of cos, bundles of work are waiting for me to be settled by next week. Yup, just remember one of the participant in Pencarian Gadis Melayu who says "saya nak kaya cepat2". The judges asked "by how?". She confidently said, "Kerja sampai mati". teeeeeett.. being eliminated. The crucial part tat i want to shout here is, H1N1 is getting spread crazily w/o knowing the victims. So, search for further on this swine flu by asking pakcik Goooogle.

Thursday, August 6, 2009

Majlis Tilawah ke 51

Aku jatuh cintaa dah lama dengan suara Dato' Faizul yang lunak merdu bila beliau mengaji. Smalam aku tgk Majlis tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di TV1 dan sempat merakam suara beliau guna Hp aku dan dengar berulang kali dan dan dan. Beliau telah menjadi 'artis' jemputan untuk memulakan gelanggang musabaqah kali ke 51 itu. Berasal dari kuantan Pahang (org kitoo) dan pernah menjadi johan peringkat antarabangsa pada tahun 2006. Aku pernah jadi makmum ketika beliau membuat 'roadshow' ke kampung aku Muadzam Shah ketika bulan puasa ramadan almubarak.

Aku berharap bulan puasa yang bakal tiba ini akan berjumpa lagi dengan beliau dan mendengar suara yang best itieww. Walopon dia baca panjang tapi rasa sekejap sebab againnnn suara manTOP.

Tuesday, August 4, 2009

SAP Training

Anda dikenalpasti untuk mengikuti kursus berikut: BC405 ABAP Reporting. Sila hadirkan diri kalo tak tindakan tatatertib buleh diambil.

Sekian dimaklumkan.

p/s: aku training selama seminggu.