Saturday, January 31, 2009

coti coti

pemandangan dari tingkat 30 ofis aku


baru aku sedar semenjak aku bekerja ni blog aku ni kureng menarik.. haha frankly spoken la konon! tau sebab napa? sebab aku asyik cita pasal keje je. Aku ni takde social life ke? haha, agak la. Kesian aku. Yang tersayang amatla jauh dari aku. So camne aku nak berso'SIAL'? sosial secara solo pon ok gak. Tapi takpela, bak kata orang all out masa muda2. Dah tua esok all in. keh keh keh. Hari ini hari sabtu 31 jan 2009. Aku ada kat ofis nak menyetelkan kerja sket <--- ha tgk!! aku cakap pasal kerja lagik! esok hari wilayah so senin ni cotiiiiiiii. Aku nak tido tido tido. Mak atau ayah aku selalu tanya malam2 aku buat pe. Aku cakapla kadang2 aku balik lewat. Tapi mereka tak pernah paham yang kerja di bidang IT ni jgn nak bermimpi utk balik kerja on da time. Dunia tanpa sempadan bebbbbb!!! Kalo aku boring, aku melalak jela sorang2 sampai aku tertido. Moral of da story, ingatlah orang yg tersayang kalo taknak rasa boring.. haha

Thursday, January 29, 2009

hairwire sokmo

rumahku aku punya suka

drive balik dari pahang ke KL memang hectic. Serabut dgn kesesakan lalu lintas. Cuaca panas dan badan terasa melekit. Bas berlumba2 nak sampai ke destinasi tanpa menghiraukan kenderaan lain yang ada di atas jalan raya. Bengong punya pemandu. Sampai KL dah lebey kureng kul 8.30 malam.


Cuti raya cina lepas aku sibuk dgn persiapan majlis pertunangan akak aku. Memang penat coz rumah aku baru siap renovate so terpaksa kasi clear kan sket sisa2 bahan binaan. Kadang2 aku terasa hangin dengan arahan ayah atau mak aku. Terbawa2 masalah ofis dengan kehidupan harian. Tapi aku masih tak bleh blah kalo parents still treat kita macam budak umur 2, 3 tahun. Aku tau aku ikut perangai siapa. Adoiiiyai. Tapi aku suka balik rumah sebenarnya sebab jauh sangat dari KL. Cuma aku balik bukannya selalu so kalo dah balik hati masing2 kena jaga bebb.. Jgn kasi panas!!! haha.

Balik KL seperti biasa bekerja. Isu panas kat ofis makin menjadi2. Tapi bos aku cuti seminggu lagi. Tahun ni byk betul cuti jatuh pada hari isnin. Memang untunnnn. Bila dipikirkan balik, kerja memang tak pernah habis. Tinggal lagi rambut dan umur kita je yang bakal 'habis'. So lu pk la sendirik!

Thursday, January 22, 2009

buang maSa

hari ni macam byk gak la keje. Tapi almost everyday aku busy. Senang cita busy = kerja, kerja = busy. Esok aku cuti, nak balik pahang. Ada hal sket. Byk menda berlaku hari ni cuma aku nak post apa yang aku buat.
dah install joomla tapi tak ingat username ngan pword. Budus!!

screen shot desktop aku
.
.
.
.
.
.
.
makan makan dan makan
Yang penting lepas ofis hour aku akan bermain pingpong kat ofis nih. Tu jela sukan yang boleh aku ceburi dalam kota bandaraya nih. Kasi sehat sket badan. Fur ur info, level ni memang ramai masuk spital disebabkan stress. Umur 40 dah dpt high BP. Aku ni macam berisiko gak la. Cuma aku komited sngt dgn apa yang aku buat sampai tak terbuat. So bermain adalah salah sepuluh cara aku release kebosanan dan kebingungan di waktu bekerja. Selamat bercuti to all.

Tuesday, January 20, 2009

wakkk luuuu

notepad yang plain

Hari ini penuh dgn emo. Server down menyebabkan aku membuat coding ABAP di notepad. Punya la bengong. Habis aku balik malam nak tunggu server up semula. Tapi ada satu cita HOT. Ada sorang brader tu ter'layan' menda tak senonoh kat ofis. Dah la pasang kuat2.. Malu gila aku dibuatnya. Agak2 la brader oiiii. Kat ofis nak layan gak ker. Layan kat umah dah la. Adoi adoi adoi mental aku. Ibaratnya kalo orang sebelah tgh 'main', ko boleh dengar. Dah la dak pempuan ramai yang dengar. Rosak betol... Bilik tu depan aku je. Nasib senior aku terus buat segmen terjah utk tegur brader tu. Malu daaaa~ ahaaa..

Sunday, January 18, 2009

good JOB!~

Firstly just wanna say good job for the dinner last nite to the organizer. Walopon MUKA2 yang cliche je dtg tapi ok la coz aku sentiasa support kepada mereka yang berusaha utk mengekalkan tali persaudaraan antara sesama batch (SEMSASIAN 2003). Bukan apa, bagi aku ianya satu usaha murni utk kita saling mengembangkan pengetahuan dan bisness masing2 antara rakan taulan. Tak salah bagi aku utk mendengar perkembangan mereka. Tapi yang penting anda tahu menilai mana satu yang baik dan jangan tersalah langkah.

Tapi makanan Thai smalam tak best kot utk tekak aku menerima tapi apa kan daya makan sahaja. Lepas gebang2, bergambar sakan, aku terus sambung ke karaoke. Sampai kul 3 pagi gak la melalak. Lagi best kalo kita nyanyi lagu skolah!!. Goyang inul, rock kapak, cintan tangkap leleh, nasyid seme ada. Aircond memang sejuk membuatkan kawan2 aku berulang alik bersilih ganti ke jamban. Tapi best coz kami dapat bilik VIP yang besar. Selesa dan fresh! Semoga hari2 mendatang lebih bermakna buat kita semua. Sekian dimaklumkan.

Tuesday, January 13, 2009

wedding of da year =p

Hari ahad harituh tv1 ada membincangkan pasal wedding of da year. Sepasang selebriti yang kawin glam gila. Membazir atau tidak itu terserah. Tapi aku tetiba sokong dgn 2 statement yang mengatakan pasangan tersebut dipergunakan kan oleh stesen tv swasta tersebut. Kiranya wedding diorang tu berbayar. Then statement berikutnya, penonton berasa kesian dgn pasangan tersebut kerana macam penat/exhausted di'perlakukan' sedemikian demi peminat. Well, aku tak fanatik pon kepada artis tersebut cuma aku menengok sikit2 je kemeriahan perkahwinan mereka. Biarla apa org nak kata. Tapi jgn sehari dua hari nak bercerai sudey. Well, next week Barrack Obama akan memimpin Negara Amerika. Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaaaa.......

Monday, January 12, 2009

de bush@!

kelepek kena atas muka ahmad nisfu

serve u rite! Walopon tak kena tepat kasut ke muka tempoh hari tapi ada gak orang yang rajin buat game nih. Actually dah lama aku dapat game ni cuma tak terpk nak post kat sini. Smalam tgk berita pasal orang2 yahudi siap tgk peperangan israel+ palestin macam pertunjukkan bunga api plak. Pastu one of the motobiker there cakap, we believe that our soldier will win! Apa yang nko tau? Tau nak menang je? Hmmm.... shilako sungguh.! Well, kepada mereka yang berazam utk memboikot barangan amerika+israel, teruskan dan jgn berpikir yang anda seorang tidak mampu membuatkan mereka kerugian besar. Jika seme orang tidak berfikir begitu kita mampu utk memboikotnya. No no no drama..

Friday, January 9, 2009

terkezut skejap :)


Minggu ni memang memenatkan otak dan really menguji kesabaran saya. Byk sungguh projek yang perlu dilaksanakan dan semuanya berkaitan dengan bil letrik anda seme. So kalo tak berupdate tu ada 2 je alasan. Sibuk atau malas. Memang setiap hari aku akan usya blog ini membalas komen2 dari pengunjung yang adoo. Siang tadi aku agak terkezut la coz CIO datang melawat floor tanpa ada sebarang siren. Naisb baik kat meja aku ada side mirror. Aku dah macam perasan eh ni CIO nih! Dia terus masuk bilik aku then pegi kat aku. Then kami pon borak2 macam dah lama tak jumpa. Orang2 kat luar pon pelik sebab apa CIO lama kat bilik aku. Aku penah jumpa dia time raya hari tuh harap2 dia ingat. Lepas dia kuar boss aku pon IM aku tanya CIO tanya apa. "Well, little frendly chat". Padahal boss aku risau aku bukak menda tak sepatutnya time keje. Tau takut...

By da way, aku letih ni baru balik dari main squash. Seronok sebab dapat berpeluh. Almaklum 8 jam 15 minit duk dalam air-cond je. Well budak admin la kata kan. Admin bukan sebarang admin, tapi ni dia system analyst. ahaha tak pasal2. Rasa puas hati pabila dapat post sumting walopon tak bermakna.. Ok, take care and adiosa..

p/s: teruskan berdoa utk rakyat palestin

Thursday, January 8, 2009

Kelebihan 10 Muharram

Salam sejahtera. Maaf kerana sepatutnya entry ini diposkan lebih awal supaya pembaca leh tau kelebihan 10 Muharram. Tapi korang rajin2 la tgk kalendar Islam supaya lebih cakna kata org. Smalam berjaya berpuasa 10 Muharram. Walaupon smalam byk sngt 'dugaan' dari seorang manusia yang bernama boss. Tapi bila mengenangkan saudara2 aku di palestine, aku menjadi kuat. Oleh itu marilah sama2 kita melihat


14 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA
(10 MUHARRAM 1430 , BERSAMAAN RABU 7 JANUARI 2009)



1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain maybe utk tahun2 berikutnya!. InsyaAllah

Wednesday, January 7, 2009

nko la pengganas!


Aku sungguh sedih melihat keadaan rakyat Palestin yang dianggap merempat di bumi sendiri. israel laknatullah terus menyerang tanpa mengira manusia itu bersalah atau tidak. Kanak2 dan wanita menjadi mangsa kekejaman peperangan. Mereka percaya jika kanak2 mati, tiada lagi yang bakal menjadi 'pengganas' dewasa kelak. Jika wanita mati, tiada lagi yang akan melahirkan zuriat yang berpaksikan Islam sebagai panduan hidup. Mereka tidak mempedulikan saranan masyarakat antarabangsa supaya dilakukan gencatan senjata dan berambus dari bumi Palestin tersebut. Negara jiran arab masing2 mendiamkan diri demi menjaga kepentingan diplomatik. Tentera rejim Zionis memang 'selesa' dengan nama penjenayah antarabangsa kerana sekutu kuat mereka adalah Amerika Syarikat dibawah pimpinan Bush as known as semak-samun yang menyemakkan kesejahteraan dan keamanan sejagat. Semoga pimpinan Barrack Obama akan 'mengurangkan' jenayah2 antarabangsa ini dan lebih fokuskan kepada kestabilan ekonomi dan keamanan dunia amnya.

Justery, sebagai rakyat beragama Islam yang tidak mampu untuk menentang kekejaman tersebut secara fizikal, apa yang boleh kita lakukan ialah BERDOA semoga musuh2 Islam menerima balasan daripada Allah dunia akhirat dan sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang mati syahid. Semoga mereka mendapat kemenangan di akhirat sana. Amin. InsyaALLAH.!

Monday, January 5, 2009

ugly rat

rat


2009 will started with da story of mylife living in the metropolitan city. It is cliche for me to say that living in this hectic KL city is no regret for those who want to try their very best to seek for a job which perhaps can change their fate very soon. I was decided to rent a house just nearby to my office so i would not rushed to go to the office early in the morning. The hedious part of living in this rent house is i have to face with the house rats as big as a mature cat. They are not scared with the human however me myself have to scare of them! So uncomfortable when walking into the alley where you can see those nasty creatures hunting for a food. It makes me goose bumps! But what to do, i'm just an ordinary worker who are not dreamed to live in the huge bungalow house YET! Have to sacrify first before we reach to the ultimate destination. Long live Malaysia! =p

Thursday, January 1, 2009

happy new year 2009 =)


firstly, slamat tahun baru 2009. Menyingkap kembali tahun 2008, aku telah berjaya utk mendapatkan apa yang aku nak. Contohnya, thesis aku dapat A, berjaya grad tepat pada masanya, dapat pekerjaan dgn begitu pantas sekali. Aku pon berjaya membayar zakat fitrah sendiri, kasi duit raya, beli baju sendiri. Bukan nak berlagak tapi itu satu kejayaan. So far aku dah tak mintak belanja ngan mak ayah aku semenjak aku dah bekerja. Memang best pencapaian tersebut membanggakan bagi diri aku di usia muda ini. Kalo nak cakap cabaran memang le byk especially masa bekerja. Tapi besela tu. Baru aku tau betapa susahnya pengorbanan mak ayah aku nak menyekolahkan aku sampai university. sob sob.

Azam 2009 tetap aku niat awal2. Itu mesti ada dalam hidup kita. Capai tak capai lain kira, yang penting usaha dan target utk mendapatkannya ada. Kalo tak dapat maybe tahun mendatang. Macam kawen, target aku kalo bleh every year aku nak kawen tapi tak tercapai lagi.. usaha tahun depan dan depan dan depan depan depan. haha.. Kumpui duit bebanyak dulu baru leh cita bab kawen.

So sempena tahun 2009 ni, aku nak ucapkan semoga pengunjung blog aku ni dapat apa yang diimpikan dan semoga tahun ini menjanjikan seribu satu pengalaman yang berharga utk menempuh hari2 mendatang. Jgn lupa ekonomi 2009 juga yang tak menentu dan bijakla anda dalam berbelanja. Jgn lupa simpan duit utk waktu2 kecemasan. ok, slamat semuanya.... =)

p/s: new yer smalam sempat gak aku tgk bunga api masa bawak moto time balik umah kul 12.30a.m.