Atas desakan kawan2, aku berasa bersalah kebelakangan ini. Hari jumaat semalam aku penuhi malam minggu dengan bersukan di Pusat Sukan UiTM bagi menghilangkan rasa bersalah yang menyelubungi diriku ini. Pukulan bulu tangkis badminton smalam cukup puas utk memastikan aku terus menjadi jagoan "kampong" selepas bertanding dengan dua rakanku yang lain. Aku hampir leka utk mengangkat telefon bimbitku yang berdering buat beberapa ketika. "hang ada kat mana ni?", tanya Qalia. "Aku kat pusat sukan, awat?", jawabku. Apa2 aje lah si Qalia ni. Ada dua keadaan yang sukar bagiku utk menjawab panggilan telefon. Pertama, apabila aku tidur dan keduanya bersukan.
Hari ini, memang aku berjanji dengan A dan M keluar ber"shopping" di sekitar KL. Sekali lagi aku rasa bersalah amat. Ku lihat bendera parti-parti yang bertanding meriah berkibar mekar di bahu2 jalan. Selepas "menghabiskan masa" di pusat membeli belah Berjaya Times Square dan Sungei Wang Plaza, kami terus pulang menuju Shah Alam. Hujan turun dengan lebatnya sehingga jarak penglihatan hanya 100meter di hadapan. Jam tangan menunjukkan pukul 5 ptg. Namun ia tidak meredakan hatiku yang resah ini. Abah sibuk bertugas di pusat membuang undi di Pekan dan Mak sibuk bertugas di Parlimen Rompin. Almaklum jadi orang kuat Dato' JJ. Tak kenal Dato' JJ? Menteri yang bertanggungjawab bagi Angkasawan Malaysia yang pertama 2007. Tapi, bukan disebabkan itu aku rasa bersalah!. Sebenarnya, InsyaAllah jika di panjangkan umur, aku akan mengundi dalam masa 4 tahun lagi Buat Kali Pertamanya walaupon aku layak utk mengundi pada hari ini.. wah malunyaaaa........Hehe.. Undilah utk kesejahteraan sejagat. Undi anda adalah rahsia ~:)
1 comment:
hihi khai...samala akak pun undi lg 4 years...wua lmbt lg tu...yg PRU12 ni tiket da sold out...
Post a Comment