Jam tangan menunjukkan waktu sudah melewati jam 7 malam. Ku hirup hidangan sup dengan memikirkan kenapa P bertindak sedemikian walhal dia tahu bahawa aku kawan baiknya. Sebenarnya kami bakal menghadiri satu jamuan makan malam sempena meraikan mahasiswa yang berada di tahun akhir tidak lama lagi. Di awal lagi kami bercadang untuk duduk bersama supaya tiada yang iri hati pabila kami berpecah tempat duduk.
"eh, aku kompemlah duduk ngan bebudak ni!" kata P. "oh ye ke? aku tak kisah," jawabku. Bagi hati kecilku berat untuk menyatakan P buat hal lagi. Siapa yang mungkir janji? Sebelum ini sup yang kuhirup sungguh enak bertukar menjadi pahit dek telan kata2 P yang semberono itu. Kenapa tidak beritahu aku dahulu? Bukankah kita berjanji untuk bersama-sama menempuh cabaran belajar di Universiti. Aku mula teringat kata2 orang tua ku. Kawan akan hadir dalam hidup pabila kita senang dan hilang pabila kita sengsara. Walaupon kata2 itu agak 'cliche' namun ku pahat jua didadaku buat azimat. Bagiku, kita perlu berdikari di setiap saat kerana aku bakal meninggalkan alam pembelajaran di sekolah dan melalui hidup bekerja. Takkan sampai ke luar kerja pon mahu 'mandi sama2'.
"bang, air kosong satu!" pinta S kepada pelayan restoran. "eh, aku tanya ni, korang duduk dengan siapa nanti?" tanya S kepada P. Aku mula muak dengan soalan2 begitu. Pagi tadi semasa di kelas, budak2 perempuan lain jeboh bertanya padaku si polan duduk ngan siapa. Aku membengis. Mentaliti orang melayu macam tu ke. Selagi tidak berlansungnya majlis itu, sibuk bertanya. "aku tak pastila..." jawabku. Bebudak kelas sudah masak dengan perangai ku. Bak kata pepatah melayu, jangan dijolok sarang tebuan.
Satu yang kuharapkan bahawa biarlah mereka bahagia tanpa mengenal erti persahabatan yang sebenar. Aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri selagi yang boleh. Bak cerita dongeng Cinderella, ku harapkan pari2 muncul di kala hati penuh dengan pengharapan. Memberi seribu sinar harapan untuk menjadikan insan kerdil ini terus bergemerlapan di hari muka.
p/s: cerita di atas lebih best kalo aku cerita kan watak aka makhluk ke 4 yang dtg menyibuk di restoran tersebut. :P
1 comment:
bnyk2 bersabar...kwn yg betul2 mmg susah nk jmpa...so klu da jmpa true friend kn la hargai kwn tu betul2....:P
Post a Comment