Sunday, March 16, 2008

Baca+komen isu ini :)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 dikenali dengan nama Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tahun 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein dalam usaha murni beliau untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi antara kaum dan sosial. Dalam diam sebenarnya dasar ini telah membangkitkan antagonisme perkauman lebih2 lagi Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara implisit, DEB digubal dalam konteks serampang 2 mata untuk:

- mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambat peluang2 pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

- mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat malaysia untuk menyeimbangkan ekonomi supaya dapat mengurang seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Sebelum itu, umum perlu mengetahui bahawa dasar ini digubal rentetan daripada perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris pada tahun 1915-1941. Mereka sebenarnya mempunyai agenda tersendiri untuk mengelaskan masyarakat di Tanah Melayu merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengikut kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu kebanyakkannya menetap di kampungdan bekerja kampung (nelayan&petani), manakala kaum India tinggal di ladang atau estet dan bekerja sebagai buruh dan kaum Cina menjadi peniaga dan pelombong bijih timah di kawasan perlombongan. Akibat daripada itu, timbul rasa curiga yang amat di antara kaum dek kurangnya interaksi sesama mereka akibat pemisahan kaum di Tanah Melayu.

Hari ini kita perlu bersyukur kerana tidak perlu lagi ke lombong2, kampung2, ladang2 dan estet2 untuk berjumpa dengan kaum2 yang ada di Malaysia. Semua kaum ada di mana2 sahaja. Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 50 tahun lepas menyaksikan 'massive' perubahan, peningkatan dan pembaharuan direncanakan sejajar dengan Wawasan 2020. Namun, kita sebagai golongan pelapis jgn mudah lalai dan alpa dengan kesenangan melimpah ruah yang dinikmati hari ini kerana ia boleh hancur, musnah dan terkubur akibat perpecahan bangsa Malaysia.

Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri baru Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Namun, lewat TV3, Eng menafikan hal itu. Sebagai 'penambah seri' kenyataan itu, orang Melayu mula sedar dan mengorak langkah dengan mengadakan perhimpunan secara aman di jajahan taklukan DAP itu. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin meniup nya! Saya juga tertarik dengan kenyataan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam akhbar METRO bertarikh 15 Mac yang menggunakan istilah PERUTISM. Ia gabungan 2 perkataan PERUT dan ISME. Kata beliau supaya kaum lain tidak menggangu kantung (perut) kaum Melayu dengan mempersoalkan apatah lagi menghapuskan DEB yang telah menyelamatkan kaum Melayu untuk jangka masa panjang.

Tujuan saya menulis arkitel ini bukan untuk memihak kepada mana2 parti dan meng'halal'kan perhimpunan yang 'haram'. Cuma ingin menyeru kepada golongan belia supaya anda tidak mudah selesa dengan nikmat hari ini. Ingatlah, perjuangan kita belum selesai. Hari ini kita tersenyum tapi mampukah senyuman itu bertahan untuk 10 tahun mendatang? Anak cucu kita? Bagi orang2 Islam, beribadah la kamu seolah2 esok hari 'terakhirmu'. Walaupon bila difikir2kan dosa dan pahala, mungkin ada di antara kita akan mengejar akhirat semata2 (ahli sufi). Tapi Islam tidak menyuruh penganutnya berbuat demikian. Bekerja merupakan salah satu ibadah juga. Cuma dek kurangnya pengetahuan tentang agama Allah ini, maka kita lebih familiar dengan 5 rukun Islam itu sahaja. Tepuk dada, tanya iman.... Sekian wassalam.

Rujukan:

3 comments:

.: RUFAI :. said...

isu pilihanraya xsettle2....akak takut for bape penggal lg ni xtaula what can happen to our country....especially for malay people...so sad bile fikir smula...lgla for us yg muda2 nila yg nk jd pewaris negara akn dtg....dgn keadaan skrg i dunno what can happen....=(

cikkai said...

yup.. my dad also worried bout my situation here regarding on unacceptable people who are really obsess and fanatic of desired party. worst case scenario can happpeennnn.. just beware n stay calm.

Dziannis said...

mm,but i do think that the media make it worse..especially the media which we obviously know to be 'one-sided'...

i really believe tht it's still too early to be judgemental about those new leaders..and i'm quite sure tht they r not that 'idiots' to do things that can cause ppl to lose their believe,their votes in them that easily...or at least at this early time...

surely,they've planned it all well ahead ...

i just hope the media would stop 'spice things up',or at least tell the news without making conclusions about whose right or whose wrong...

mm..Org mlayu..bile jentik sket..br nk celik skejap..