menjadi seorang student universiti memang byk dugaan. Tak kira yang duduk di kolej mahupun menyewa di luar. Disebabkan saya menyewa rumah dari semester 3 dulu, bykla jugak dugaan tumpah melanda seperti sos cili. Apa yg ingin diceritakan di sini adalah kurangnya hormat serta harga diri pelajar lelaki yang sanggup membawa awek mereka di dalam rumah. Pada mulanya ia satu kejutan budaya kerana secara terang terangan ia bercanggah dengan Islam. Apa yang peliknya, balak dia tu satu hal la kan cam lalang. Angin tiup ke kiri dia ke kiri kalo ke kanan dia ke kanan. Tapi adakah perempuan zaman sekarang ini takde harga diri? Maafkan saya kerana bukan semua berbuat demikian.
Tapi tak takut ke mereka kepada housemate balak dia yang lain? Bak kata orang, bila2 je mereka buleh menjadi seperti singa kelaparan atau kegersangan. Lelaki pon kena dipersalahkan jugak. Dah la bakal nak jadi ketua keluarga. Tak takut ke anda bila dah ada anak perempuan esok, akan terjadi perkara yang sama? Pada masa itu mulalah nak melatah, nak serang anak orang. Padahal waktu muda anda memang begitu! Perempuan pon satu hal, tak nampak ke secara terang terangan bakal suami anda sebegitu rupa. Ajak tidor sebilik bersama tanpa sebarang ikatan. Memang sedey kerana mereka sendiri pon belom compem akan kawin ke idak. Memang betulla kata orang. Cinta itu buta. Kentut balak yang seminggu tak buang air besar pon kata wangi.
Pada si awek, cermin2la diri tu. Pada si balak, dah cukup kaya ke nak kasi anak dara orang makan? kalo nak kasi makan angin, rumput dan pasir buleh leee... wahahhahaha... kelasss... Tapi papa pon, sebagai rakan yang bertanggung jawab, kita perlu menegur mereka. Di sini lah sebenarnya kita melatih diri kita untuk mendidik hati yang kecil ini menidakkan perkara yang salah!. Jangan disebabkan member sogok dengan wang kita sanggup menyimpan rahsia! oh no no no for me. Sampai bila nak simpan rahsia? Berdosa kalo kita tak tegor. Memang ada antara mereka yang berlatar belakang keluarga yang kureng sket bab2 pendidikan agamanya. Bukan nak kata kita ni sempurna tapi itu tanggungjawab. Ingat! hidup ini kena ada prinsip. Seperti lagu Justin Timberlake, "what world goes around, comes around" dan lagu Alicia Keys "Karma"... hohooo, very meaningful. Nak jauhkan dari segala kejahatan dunia akhirat? Baca la surah yassin tiap2 hari. Sekian sahaja. Sebarang ngomen (komen) dialu-alukan.
1 comment:
dah cukup lengkap dah dziannis komen.
dari sudut pandangan logik pulak:
kalo balak kamu dgn snang dan mudah mengajak masuk ke rumahnye cmtu, it's obvious, jelas, crystal clear, sebelum terlambat lebih baik kamu tinggalkan dia wahai gadis...
logik kan.
(tapi kalo syg, lebih elok kamu nasihatkan dia~)
Post a Comment