Monday, April 7, 2008

Kisah ketam & kodok

~Saya Encik Crab~

Hari ni kita baca kisah ketam dan kodok... Tapi perlu diketahui bahawa KODOK bukan seketurunan dgn CICAK (kpd cik booooolat) hehe...... Hav fun!!

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,”Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam… kenapa?” Ketam kata, “Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah! “Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, “Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?” Ketam ketawa, kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!


Kodok..Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?” Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?” Ketam kilas,”Kelakar.” “Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk ! “, kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata,”Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan.” Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


~saya kodok yang comeii~

2 comments:

Anonymous said...

saye ade satu soalan. Si kodok ni kan seketurunan dengan ketam gak ke.... Jadi cicak tu sepupu dieorang erk..... ish ish ish keciknyer dunia ni kan

Terung Jambu said...

sabar jela saya ngan cik boooolat ni.. nak kena kelekuk gak ke.. hehe..

p/s: cicak takde kaitan dgn kodok dan ketam. Kodok amfibia+dua alam, ketam bercangkerang+dua alam, cicak reptilia+satu alam..

Awak 2 alam ke satu alam.. ?