Meja di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dikejutkan lagi dgn kes Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Cerita tentang beliau yang terjerumus ke kancah pelacuran tersebar luas. Segalanya ada di di sini. Apa yg ingin dikongsi di sini adalah sejauhmana peranan ibu bapa dalam mendidik anak2 supaya tidak terlalu autoritarian dan akhirnya anak itu menderita. Hari ini, di rancangan Wanita Hari Ini 2 April, Datuk Dr. Masitah Ibrahim telah dihubungi bagi memberi maklum balas terhadap isu ini. Beliau yang bertindak selaku Timbalan Menteri Dalam Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri berkata satu jawatankuasa badan khas akan dilantik bagi menyiasat perkara ini. Selain itu, ramai juga pihak yang sanggup membantu saudari Sufiah untuk memberi khidmat kaunseling khususnya. Amat setuju dengan kata2 Dr Masitah yang menasihati ibu bapa supaya jgn terlalu menekan anak di awal usia untuk menjadikannya seolah2 alat eksperimen bagi menentukan kerjaya mereka dewasa kelak. Sedarlah wahai ibu bapa bahawa, mereka yang masih kanak2 sememangnya gemar bermain dan jgn disekat perkembangan sahsiahnya itu. Mungkin ada ibu bapa tidak mahu anak mereka menjadi seperti mereka suatu ketika dahulu lantaran memaksa untuk mereka belajar dan terus belajar. Nah, sebagai bukti Sufiah berkata ianya suatu penyeksaan mental dan fizikal! Akhirnya, mengambil jalan singkat melakukan perbuatan terkutuk. Anak2 adalah naif. Mereka akan turuti segala kemahuan kedua ibubapa kesayangannya. Tapi, ibu bapa perlu ingat. Sikap terlalu meletakkan harapan yang tinggi menjadikan anak2 tertekan utk memenuhi permintaan ayah bonda. Tidak mahu menjadi derhaka waima menzalimi diri sendiri. Pabila dewasa, baru minda si kecil terbuka luas. Culture shock dan sebagainya. Disebabkan jauh dari ibubapa, inilah peluang utk "lari" dari sistem paksa belajar yang menyeksakan.
Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi’ al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil. Manusia teragung sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W juga tidak dilupa.
Apakah rahsia mereka? Bagi saya, Islam telah menyelamatkan kita semua. Tak kira sejauh mana kecerdikan kita, tapi tanpa Islam tak sempurna iman seseorang itu. Segala terletak pada individu jua. Bersama2 kita berdoa supaya golongan genius yang lain seperti adik adi putra juga dilindungi olehNya. Amin..
p/s: Kisah2 pelajar Genius Malaysia juga ada di sini
1 comment:
InsyaAllah...
Amar maaruf nahi mungkar.
Post a Comment