Friday, July 31, 2009

jambu ker?

Wah gitu tajuk hari ni kan. Seyes pala otak aku weng hari ni kerana tido lewat (tgk wayang habis kul 12) dan hal2 berkaitan semalam. Nak dipendekkan cita, ofismate aku angkat talipon. Then the convesation goes like this. "boleh saya bercakap dengan jambu (pemboleh ubah dan juga seorang lelaki India)?". Jawab kawanku, "Jambu outstation minggu ni. Ada apa2 yg boleh saya bantu?." "saya blablabla pengarah dari Produksi Video 18XXX (lu pk la sendirik) nak ambil jambu berlakon la. Dia dah kawen ke belom?." Kawan ku agak2 blur adakah dia tersilap dengar atau sebaliknya. WTF!!! "Dia belom kawen, tapi apa2 hal u call dia next weekla." "You nak tak berlakon bawah i ?" tanya pengarah itiiiew. WTF sekali lagi. Then kawan aku ckp, "takpelah". The conversation ended peacefully w/o both sides being horny each other over the phone.


Gosh! Walaupun aku ni idak le baik bebenor, tapi once aku tau camni, kompem aku rasa cam.. aaaaa errrrr uuuhhhhh tak berapa selesa ngan jambu (senior aku kat sini) kan. Tapi aku harap dia tak camtu. Yang aku peliknya kenapa sampai ke ofis mamat india tu call? where did he get the phone no? Talipon ofis plak tuh? Gilaa kalo senior lain atau senior mgr aku yang angkat. Adakah jambu itu sememangnya jambu atau mempelam, cempedak, durian dan sebagainya.


pengsannnnn

Thursday, July 30, 2009

keep on scandal


Lawak betul motto satu kumpulan masa cita pop kuiz minggu lepas. Really menyentap. Yang satu motto dia berbunyi "piap piap", second berbunyi "bini orang", 3rd berbunyi "keep on scandal". Apa yg aku nak relate kat sini adalah, kat ofis ni musim scandal. Haha. Sakit pala weh bila org skandal melibatkan orang lain "yang tak berdosa" gitieww. Aku dpt menghidu sesuatu yg burok akan berlaku 2,3,4 tahun lagi. Yang sorg tu tgh sambung master. Bila senior manager aku naik pangkat, yg sambung master tu maybe naik jadi senior manager plak dannnnnn anak ikan dia will keep on scandal. Tidakkkk. Walopon begitu, aku tetap bahagia tgk kucing yang lalu lalang kat bawah ni. Aku seakan paham apa yang ia cakap!

ada aku kesah dengan cita skandal nko tuh!

Wednesday, July 29, 2009

Subject: Ibu, Anak Dan Menantu



Suzana (nama sbnr) dan Razman (nama sbnr) adalah pasangan kapel yang paling bahagia dr sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bsma di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di dalam kelas.. sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuahU swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya utk m'ikut sgala kehendak nya.. salmah adlh ibu kpd suzana sulaiman.. pd suatu hari, salmah m'dpt tau bhawa anak tunggalnya kuar dgn seorang lelaki iatu razman.



Dia m'dgr kabar itu drpd jiran2 nya. dia pun naik berang dan sgt marah t'hdp razman& mnyimpan dendam trhdp lelaki itu.. salmah memberhentikn pngajian anaknya dr U itu..dgn niat utk memisahkn mereka. 3bln kemudian dtglah razman dgn rombognan mmnang ke rumah suzana. ibu nya terpksa akur dgn percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. stlh 1thn b'lalu mereka pn di ijab qabul kn.. bajet nak g honeymoon kat tioman..tp malang yg mnimpa mereka.. mereka eksiden semasa otw nk g tioman.. yg b'tmbh malangnya mka suzana m'alami luka truk sehingga kulit muka nya hlg. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.



Salmah mengetahui akan kemalangan itu terlalu bnci kpd razman tambahan lagi apabila mngatahui brita tentang kemalangan itu menyebabkan wajah anaknya menjadi cacat. razman cuba utk m'prbaiki keadaan.. sblm ibu nya sempat smpai ke hospital itu, razman cube b'bncg dgn dokter utk mmbuat pmbedahan pd muka isteri nya..dia b'cdg utk mndermakn kulit nya.. dokter setuju ats cdgn itu..lalu mereka pn mmbuat pmbedahan itu dgn segera.. stlh 3ari terlantar di hospital,salmah dtg utk mlwat anak nya..salmah berasa amat gembira dan b'syukur krana ada insan yg sggup mndermakan kulit utk anaknya..



Dia pun m'meluk,lalu mncium pp anknya itu dgn pnuh k'gmbiraan.. tp,dndam nya trhdp razman blm berakhir.kerana baginya razman bersalah dan menyebabkan anak kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan. salmah trus mnerpa ke arah dokter & 'tnyakn siapa yg sggup mndermakn kulit kpd anaknya.. dokter tringat akn jnji nya kpd razman spaya m'rhsiakn hal ini drpd pngatahuan salmah.. jd, dokter hnya mnjwb " seorg lelaki tlh mndermakn nya & dia tdk mahu diknali"..salmah akur & agak kcewa dgn jwpn dokter..


gini gamaknya muka emak si suzana tu kalo dpt tawuu


***pss:* hal yg sbnrnya razman telah pun mendermakn sebahagian kulit pggung nya kpd isteri t'syg utk kelihatan sempurna & cntik.. cuba lah klu rahsia ini tbngkar & salmah tau pipi anaknya yg di cium itu adlh kulit drpda pggung mnantu yg di bnci nya tu macam mana ek??

*HAHAHAHAHA *

Monday, July 27, 2009

dalam kenangan~

credit : Kosmo

Walaupun kita bukan sedara dekat tapi kita tetap sedara Islam. Aku sentiasa kagum dengan iklan2 raya, kemerdekaan dll beliau. Cerita2 wayang juga tidak kurang hebatnya. Yang paling aku respek, walopon dia berada di luar atau di dalam negara , baju kebaya nyonya tak pernah lekang ketika mengambil award dan sebagainya. Al-fatihah buat Yasmin Ahmad.

Thursday, July 23, 2009

kisah seram sejuk



Memang lawaklah cita dak skolah nih. Tergelak aku bila baca. Ayat last tu tak leh blah. "Hantu itu gembira jugakah?" keh keh.. Jumpa cikgu!

Bila kenang zaman skolah dolu2 memang lawak. Budak2 ni kadang2 lack of idea due to less of reading books. So bila dah desperate, dok pusing2 ayat tu je sampai diri sendiri pon ada pening. Punyala nak cukup kan 160 patah perkataan (ntah aku pon tak hengat berapa patah). Moral of the story, cultivation process must comes from home. Ibu bapa perlu pantau perkembangan anak2 dan tidak meletakkan 100% tanggungjawab kepada warga pendidik sahaja. Siapa yang rugi? mereka dan keluarga mereka juga.

Monday, July 20, 2009

worst week end



Hari minggu yang memeningkan. Sabtu keluar cari pasal, tapi tak jumpa2. Malam keluar sampai larut malam dan dah lama tak jadi kutu rayau di setapak. Tak dapat nak diungkapkan dgn kata2. Bzzzzzz.. talian terputus.

Friday, July 17, 2009

Review : Ice Age 3


Ice age 3 memecah keheningan malam dengan gelak ketawa berdekah2 dari para penonton. Rabu smalam aku sekali lagi terus terjah GSC Mid Valley untuk tgk cita ini secara 3D. Komen: Memang 3D dia tak byk sangat berbanding cerita Alien VS Monsters. Adakah apabila sesuatu cerita tu banyak sangat role dia menjadi kelam kabut dan penonton macam aku ni hampir lupa setiap lawak yang ada atau aku je yang mudah lupa. Tapi kalo tgk cita Alien VS Monsters tu aku hampir ingat lawak2 dia. Tapi layan jela. Kemalasan dan kemurungan aku lately semakin menjadi-jadi. Aku perlukan bantuan untuk rejuvinate semula........ Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin.

Monday, July 13, 2009

Durian runtuh



Korang tgkla betapa maha karya cinta durian yang abah aku bawak balik dari kebun. Rasa nak demam bila terlebih makan buah-buahan yang boleh bawak bisa badan. Seperti bese aku bawak ole2 bau durian yang melekat baik punya kat tangan. Puas aku makan siap malam takleh tido sebab panas badan. Tdo pukul 12 malam gara2 tolong buat tempoyak kat beranda luar rumah. Sonok sngt. Tapi durian tu mak aku jual jugak kadang2 sebab dah byk sngt. Aku suggest beli peti yang besau ala2 peti eskrem walls tu sebab senang nak simpan menda2 alah tempoyak nih. Tempoyak tu pon orang nak beli. Sedap weh... buat sambal tempoyak dan patin masak tempoyak. Gerenti meleleh...

Friday, July 10, 2009

balik lah kampung

Its time to go home. Makan durian yg abah bawak balik dari kebun dan borak2 pasal masa depan. Aku hampir menjadi anak derhaka ala2 cita batu belah batu berhala gitiew (ada ke cita tuh?). Dah lama tak balik kampung. Nak kata rejuvinate macam tak puas. So layan kan aja cuti ujung minggu nih. Konon2 nak cuti mg depan tapi sibuk dgn testing. Hati ni macam dah bernanah dah dengan karenah manusia yang tak habis2 dengan sikap yang ntah papa. Bukan nak kata, tapi itu realiti. Tapi ayat2 biasa yang aku akan cakap, bila aku balik kampung, aku akan rasa so humble dan ingat asal usul aku dan kepayahan aku selama ini. The end~

Thursday, July 9, 2009

Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia

Menarik untuk dikongsi bersama~
Saya terserempak dengan artikel menarik oleh Irfan Khairi di http://www.IrfanKhairi.com
Persoalan yang diutarakan ialah kenapa di TV, kalau kita tengok budak-budak mat salleh kalau di interview, mereka nampak natural. Tidak takut-takut dengan camera. Mereka amat sporting dan memberi response yang baik.

Tetapi, apabila melihat budak-budak Malaysia terutamanya apabila di interview di TV, bagaikan takut-takut… malu sedikit, dan adakalanya hendak menyorok dan tidak memberi response yang lancar?

Salah satu sebab ialah: Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri. Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!

Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.

Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?

Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi? Itulah self-concius!

Apa komen anda?

Monday, July 6, 2009

bilik terbersih



Aku masih ingat lagi masa aku kat boarding skool dulu, aku pernah menang locker terbaik. Dan masa hari terbuka asrama which is pelajar perempuan can come and look over into asrama lelaki dan vice versa, mereka suruh aku bukak locker untuk tgk apa yang menarik sngt ke atas locker aku tuh. Gila kau nak kasi tunjuk!. Buatnya diorg curi underwear aku sapa yang susah? Gambar2 kat atas ni takde kaitan pon dgn kisah2 asrama aku. Cuma ni adalah bilik bujang aku setelah di kemas pada tiap2 hujung mg kalo boleh. Ahhhh fenat gak. Tapi berpeluh skali skala apa salahnya. Haha.. welcome to cikkai's bedroom! dungeon tau and need VVIP pass to come in. hehe~

Friday, July 3, 2009

transformer 2

awek cun! napa ko pegang tangan diaaaaaa..

iMAX times squre besau sngt sampai aku rasa hilang fokus bila aku tgk cita transformer 2 smalam. Macam tgk teater pon ada. Apatah macam tgk wayang kulit. Overall best la tgk cita transformer sebab ada 2 awekkkkkkkkkkks cun. Biarpon dari autobots yang jahat tapi tetap cun. Body manTOPPP! However satu je yang aku nampak dari cita ni di mana askar2 AS macam showing off their weapon techs when it comes to the world war. Memang aku rasa hebatla senjata2 diorng. Hovercraft, aricraft etc blablabla. So, skang ni aku bermimpi2 utk beli satu model bumblebee yang cute mute ini.


vrooomm vrooomm

Thursday, July 2, 2009

my legendary pop icon


aku tak tahu kenapa bila MJ ni mati terasa sedih plak walopon aku tak tau dia beragama apa sebab kematian dia all of sudden. Ada yang kata dia Islam dan sebaliknya. Tapi kalo korang ikuti perkembangan hidup dia memang agak sedih la kot atau aku je yang terlebih touching gitiew. dia memang lain dari yang lain dan hes the only one. Aku rasa kes dia macam sama dengan heath ledger suatu ketika dahulu. Makan pil berlebihan coz kureng tidor dan sebagainya. Itula bila dah fofular sngt hidup pon tak seaman yang disangkakan. Televisyen still lagi bercerita tentang autopsi dia yang tak habis2 kerana ayah dia tak puas hati. Anak2 dia pon sebenarnya bukan anak2 sebenar dia sebab ntah bukan sperm dia dan so on. walobagaimana pon you r not alone. im here with you.. though you far away. you always in my heart.

R.I.P Mister MJ


Wednesday, July 1, 2009

Family Day 2009

First time ever. Sebenarnya sabtu lepas aku menghadiri family day ofis di desa waterpark sg besi KL. Sungguhla happening pala sebab aku jadi committee, MC dan bagai2 lagi. Agak penat berdiri mengacara majlis di samping bermain2 air di sana. Sengal2 badan toksah cita. Sampai sana tak ingat umur dah kecik ke besar. Menagalah kan budak2, menjerit mengalahkan dak pempuan bila luncur air dari atas. Tapi memang aku lupa segala masalah kerja dan have fun all da time. Team aku dpt nombor satu dan aku dpt hadiah lucky draw berupa sebijik rice cooker. Nak masak aku malas. So simpan jela buat hadiah kawin. Haha. Apa yang penting? Kerjaaaaaaaaaasama. wonderpet wonderpet~ Temanya pirate of carribean. Tapi grop aku ala2 wonderpet gitiew. Pape jelaa.