Sedeynya.. Kerana duit semua orang gila judi. Kira macam lagu M Daud Kilau laa ni. Kerana duit adik beradik berbalah. Kerana duit putus saudara. Kerana duit manusia hilang pertimbangan. Wahai manusia sekalian, kenapa kita harus iri hati atau hasad dengki dengan darah daging kita sendiri? Rasa menyampah dengan saudara muslim kita sendiri? Semua tu sifat2 syaitan ye. Kita harus ada sikap untuk berlumba2 menjadi lebih baik dengan apa yang kita ada sekarang. Tak kira dari segi ibadah ataupun taraf kehidupan. Musuh utama yang perlu kita atasi adalah diri sendiri. Duit adalah penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Tetapi kalo terlalu tamak kelak memakan diri sendiri. Berdoalah agar kita semua dijauhi sifat tamak dan diberikan sifat bersyukur atas kurniaan Allah yang telah memberi keizinan untuk kita hidup di atas muka bumi ini. Insan itu pelupa atas tugas kita di dunia ini. Tugas kita tak lain dan tak bukan untuk memakmurkan bumi, meneruskan perjuangan para anbia' serta tunduk dan patuh atas suruhanNya.
p/s: gaji nko 100 ribu? ada aku kesah.. bila susah muka ni gak yang dicarikan. bila senang nko hilang ingatan ye