Wednesday, September 30, 2009

kepulangan tak dinanti

sapa punya keje nih? tettttttttt. Tak pasal2 aku bagi warning. Pinjam barang2 kepunyaan aku tak gheti2 nak letak tempat asal? Kepulangan yang tak dinanti betoll lah korang nih.

Monday, September 28, 2009

1 minggu = rejuvenating

Antara pokok yang ditebang

setiap tahun 1000 batang cucuk sate akan diorder



Slamat hari raya dan maaf zahir batin. Mola2 skali mehla aku cita apa yang berlaku sepanjang aku coti seminggu yg lepas. Hari raya pertama cam bese la aktiviti nya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Tatkala aku memberi duit raya aku tersalah bagi duit raya ayah aku RM100 dekat sepupu aku. Cecepat aku mintak balek sebelum sepupu aku pulun RM100 tuh. Haha.. Diikuti pula dengan menziarah kubur. Raya kedua duk rumah tunggu tetamu dtg. Memang ramaila yang datang lebih kurang 2 bas. Tak tipu punya.

Selalu raya kedua pakcik aku ajak beraya umah menteri besar tapi tahun ni tak buat sebab atas nasihat pihak hospital kerana masalah H satu N satu. Duk umah bukan sesaja, tuh ada 3 pokok besar kena cantas buat kayu api untuk kenduri akak aku kawen bulan 12 nih. Terbaikk leher blakang aku terbakar sebab lama sngt berjemur bawah matahari. So muka aku rasa cam itam2 manis sket cuti2 nih. Balik rumah hari kamis diteruskan lagi dengan gotong-royong umah aku yang tak siap lagi. Ruang tamu dan 2 bilik dah siap tile cuma wiring belum sambung. Batu-bata kat umah tu pon kena kasi susun sebab nak buat pagar baru. Mak aku cam dah malas nak amik port sebab duk pikir persiapan akak aku nak kawen. Haih~ Tapi apa2 hal pon raya dah rasa mcm tak raya. Hari pertama je best. Selainnya dah mcm hari bese. Sebab tu aku tak heran pon nak beli baju raya baru. Haha.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran 2009

Hari ni pergi kerja dengan tenang kerana jalan tak busy. Ramai yang dah berambusss balik kampong. Walaupun begitu saya tetap di sini sampai tgh hari kang. Jadi pepehal nak ucap selamat hari raya kepada sesiapa saje mengenali diri saya. Ape ape Aje!

nak wish raya tapi muka cam nak gado (penat baru balik kije katenyer)

Monday, September 14, 2009

Minggu terakhir~

Malam2 aku sendiri... tanpa cinta mu lagi woo woo. Sekarang ni dah minggu last bulan Ramadan. Sebaiknyalah kita memperbanyakkan amalan2 mahmudah di bulan ini. Bukan memperbanyakkan baju raya atau kuih raya yang dibeli di Jalan TAR dan sebagainya. Oleh itu berjanji pada diri sendiri untuk meningkatkan amal ibadat dan tidak dilupa untuk BAYAR ZAKAT. Hampir2 terlupa so kena set it as reminder.

Wednesday, September 9, 2009

smalamnye hal

Smalam seharian aku meeting kat Jalan Timur PJ. Dahla sakit perut sebab aku rasa makan kat majlis berbuka hari sebelumnya. Rasa nak pengsan sebab perut kosong dah 2 kali aku terkucil, ini pon ku tahan jebat. Sebelum meeting mula borak2 ngan Tn. Haji selaku pengerusi projek. Tetiba dia tanyakan soklan aku org mana. Then dia tanya dah calon ka belom ka? Then aku jawab.. aaaaaaaa dah! haha. Pehtu dia ckp, kalo takde saya nak calonkan dengan anak perempuan saya. Haha. Pehtu dia kenenkan anak laki dia dgn teammate aku. Sabau jela. Ahhh! Fenat2. Datang je opis hari ni lebey kureng 132 mails dalam inbox. Aku rasa mcm nak kena bounce dah. toing toing~! terima kasih kepada semua yang percaya akan saya selaku developer kepada projek tersebut. Walopon rasa dah nak termuntah dari bulan mac haritu. Roll out bulan 7 dan second phase dah rolled out jugak bulan 9 walopon ada sedikit lagi changes. Full roll out will be on the month of Oktober dan aku bakal berjalan2 di seluruh semenanjung~ CLAIMMMMMM

Friday, September 4, 2009

tangan anda bersihkah?

click to enlarge da size


Dimulakan hari ini dengan pesanan khidmat masyarakat:-

Clostridium Difficile - bakteria yang mengakibatkan bengkak usus
Staphylococcus - bakteria yang menyebabkan bisul
Bacillus Species - agen pencemar biasa
Beta Streptococci - bakteria yang menyebabkan sakit tekak
Influenza A - virus yang menyebabkan pneumonia
Escherichia Coli (E. Coli) - bakteria yang menyebabkan cirit-birit dan jangkitan saluran urinari (saluran kencing).Oleh itu sentiasalah membasuh tangan anda dengan bersih.

Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh yang demikian rajin2lah basuh tangan anda.

Thursday, September 3, 2009

spek itieww

inilah spec yang dimaksudkan


Smalam masa nak sampai ke rumah aku ada sekumpulan budak2 lelaki sedang lepak2 dekat tangga. Salah seorg daripada mereka memegang spek mata 3D yang ada dekat cornflakes kalo korang beli makanan bijirin itieww. Aku terdengar perbualan mereka. Eh ni spek 3D ke 3G? Tergelak kejap aku dalam hati. Budak2 lain tak sure. Dia pegi tanya abang dia. Bang! ni spek 3D ke 3G? Abg dia ckp itieww spek 3H! Semua diam.




Sian budak2 ni tak sempat nak ketchup dengan tekno semasa. Banyak2kanlah membaca ye adik2. Teknologi tidak menunggu manusia. Dia sentiasa berubah dan terus berubah.

Wednesday, September 2, 2009

52tahun MERDEKA!

Merdekakah anda? Bagi saya ianya merangkumi kepada tahap kebebasan minda dan fizikal masing2. Maksud merdeka pada zaman millenium ini bukan bebas daripada cengkaman penjajah semata2. Negara kita sudah lama bebas daripada penjajah. Apa yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana untuk memerdekakan diri kita sendiri dari dibelenggu oleh perasaan yang ntah apa2. Semaju mana pon negara kita jika masyarakat sendiri belum merdeka, maka lambat laun tanah puaka/pusaka nenek moyang kita ini dengan mudah akan dirampas oleh penjajah jika kita asyik berbalah pasal fahaman politik, gila kuasa, merusuh dan tidak bersatu padu. Gagasan Satu Malaysia yang dilaung-laung kini sedikit sebanyak mampu mengubah tahap kesenggangan antara kaum tanpa menolak fahaman agama masing2. Biarlah kita bersatu sebagai Satu Malaysia tetapi keserataan itu tidak bermaksud undang2 perlembagaan Malaysia diketepikan sama sekali. Ianya tetap termaktub tanpa mengubah sedikit pun yang boleh merosakkan atau merobohkan institusi Gagasan Satu Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!