Friday, April 1, 2011

status : Mod Perojek xoxo

saya sedang dalam Project M.O.D.E ketika ini. Buleh kasi ka alasan camtu penyebab tak update blog? haha. Tak tipu punya...Memang byk kena buat. Kadang2 terasa 24hours tu tak cukup. Punyala tak bersyukur tak pon tak reti nak bahagi masa. BAU (business as usual) still kena buat, project kena buat, change request kena buat, incident kena buat, study pasal smartGrid kena buat jugak. Tak menyumpah pun cumanya kalo saya ni kembar 10 mesti bleh delegatenya. Dengan syarat saya ketua kepada kembar2 saya. Haha kompem saya hanya goyang kaki sahaja. Every second tanya update dah siap ke belom. Haha memang nak kena pelempang. By da way, kena sentiasa expect the unexpected. Jgn terlalu berharap orang lain yang akan buat kerja kita, kerana tiada maknanya (sambil cekak pinggang). Teringat kata2 manis seorang peniaga akibat kedai2 mereka hendak dirobohkan di satu kawasan dekat Kelantan di dalam tV3 isnin 28Mac2011 smalam "puok2 ni harap mulot ja manih, tapi gak jubo mase belako ho tok serupo bikin".. Aku ngan ayah aku ketawa terbahak2.


p/s : korang translate jela sendiri bahasa kelatan tu

Tuesday, March 29, 2011

kerna duit

Sedeynya.. Kerana duit semua orang gila judi. Kira macam lagu M Daud Kilau laa ni. Kerana duit adik beradik berbalah. Kerana duit putus saudara. Kerana duit manusia hilang pertimbangan. Wahai manusia sekalian, kenapa kita harus iri hati atau hasad dengki dengan darah daging kita sendiri? Rasa menyampah dengan saudara muslim kita sendiri? Semua tu sifat2 syaitan ye. Kita harus ada sikap untuk berlumba2 menjadi lebih baik dengan apa yang kita ada sekarang. Tak kira dari segi ibadah ataupun taraf kehidupan. Musuh utama yang perlu kita atasi adalah diri sendiri. Duit adalah penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Tetapi kalo terlalu tamak kelak memakan diri sendiri. Berdoalah agar kita semua dijauhi sifat tamak dan diberikan sifat bersyukur atas kurniaan Allah yang telah memberi keizinan untuk kita hidup di atas muka bumi ini. Insan itu pelupa atas tugas kita di dunia ini. Tugas kita tak lain dan tak bukan untuk memakmurkan bumi, meneruskan perjuangan para anbia' serta tunduk dan patuh atas suruhanNya.


p/s: gaji nko 100 ribu? ada aku kesah.. bila susah muka ni gak yang dicarikan. bila senang nko hilang ingatan ye

Monday, March 21, 2011

your appearance

Just recently the internetwork is getting slow which i guess will make the mass public unsatisfying towards the internet service provider. I will simply say this is due to the earthquake that had happened in Japan couple weeks ago which has lead to the interruption of trunk cable embedded under the sea. True or not just goggling yourself.. haha. Today i will talk about, how important your appearance when applying for a job. I’m not a beautician but I love to look good in front of the people. And maybe because of that I always getting a private message that sounds like ‘hai.. I dont know u personally but u r cute hehe.. Dont worry,i'm older than u..mcm kakak puji adik la kira ni.. Ur face looks familiar. X tau npk katne..’ It is cliché to me because quite a few people saying the same thing upon me. Ni nak bangga ke apa aku ni? When you look good whether in your profile picture or in reality, some recruiters or even interviewers will make an assumption that you are confident enough to work with them. However, some believe it is all comes within your heart. The so called crystal clear view heart will definitely portrays how good you are when you carry yourself in the public. Outer beauty will come naturally after consolidating the inner beauty. Itu ala kata2 manis miss universe untuk menang okay…! So starts maximize your wardrobe with the striking colors of shirt! Buy a few fashion magazines and you will find a lot more tips on how to dress up for different functions nicely. Don’t overdo or over dressed! Else, u will be exactly like lady gagak.

p/s: hari2 pakai baju sama sebab already hensem katanya. Pakai apa pon nampak sassy.

Tuesday, March 15, 2011

oh tsunami!

Firstly tahniah Lee Chong Wei atas kemenangan ALL England ahad smalam. Walaupun rekod pertemuan lebih memihak kepada cik Lin Dan but overall is a well done job with the straight set. Tengok muka2 diorg ni with the sepet mata teringat plak mangsa2 tsunami di Jepon. Kita sedia maklum bumi semakin tua. Tidak dpt menampung makhluk2 yang duduk di atas nya belom masuk kerosakan yang dilakukan. Peperangan, global warming dan segala macam karenah yang berlaku di muka bumi ini sedikit sebanyak menempah murka bumi kita yang ber inti kan lava merah menyala tunggu masa nak explode je. So sadarlah wahai manusia kita ni hidup sementara, walopon sejauh mana teknologi canggih yang kita ada, reaktor nuklear tu senang2 je boleh meletop kalo tiada langkah2 kesepakatan sejagat yang diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar ini. Tidak mustahil kesan sampingan itu boleh sampai ke negara Malaysia ini. Ingatlah, Allah S.W.T tidak memilih orang baik atau tidak bagi menurunkan bala. Kalo dah kena banjir, kemarau, salji even tsunami tak kira baik atau tidak semuanya kena which means no selective option in this kind of cases. Tempiasnya? Kesan ekonomi, currency jatuh, nak download cita jepon etc akan tergendala.

p/s: moga2 selamat Umat2 Islam tak kira di mana jua berada

Monday, March 14, 2011

yeay cuti skolah lagi

Kemalasan melanda hari isnin. Mungkin akibat tidak menfaatkan cuti sabtu dan ahad dengan sepenuhnya. Sibuk menghadiri majlis perkahwinan member. Tapi kemalasan hari isnin ini sedikit sebanyak diceriakan oleh jalan raya yang tidak jem atau separa lengang sebab cuti sekolah. Kan best kalo tetiap2 hari begini. Nescaya aman KL ini dapat hirup udara segar. Nak buat sekolah nuh jauh2 dalam utan lenkali. So seperti biasa buat2 busy jelah kat ofis. Managar cuti hari ni so agak best skali. So ada time plak aku nak berblogging kan. Kalo tak haramm tak update. So aku nak sambung tido jap! zzz. Bangun pagi tadi teringat mimpi ada org suh update blog. Fiuh!

p/s : sibuk nak cuti mcm orang cuti skolah.. impikan bangun lambat